Acara, Featured, Selera

Grandmama’s Outlet Menang Anugerah KULinary Terbaik, di KLIA

Wow! Tiga tahun menang anugerah KULinary terbaik, KLIA berturut-turut! Siapakah itu? Ehh, Outlet manakah itu? Hah jom kita serbu!

Kuala Lumpur International Airport (KLIA) memberi penghargaan dan anugerah kepada 20 Top KULinary yang memberi perkhidmatan dan menghidangkan makanan kepada para pelancong yang datang dari dalam dan luar negara!

Menariknya untuk info hari ini, di dalam anugerah 20 top KULinary KLIA ini. Ada satu outlet makanan yang menarik perhatian penulis iaitu Grandmama’s outlet !

Foto: Mas Idayu (Grandmama’s pemenang anugerah Judges Choice 3 Tahun berturut-turut)

Grandmama’s merupakan top 20 KULinary yang tersenarai di dalam majlis berprestige ini. Bukan itu sahaja, outlet makanan ini juga memenangi 5 KULinary pilihan juri terbaik bagi tahun 2018 ini!

Foto: Mas Idayu (5 Top Pemenang Anugerah Outlet Makana Terbaik Pilihan Juri Tahun 2018)

Selain itu, Grandmama’s juga sebenarnya telah memenangi anugerah KULinary Top Food Outlet Award ini selama tiga tahun berturut-turut tau! Wah, hebat betul Grandmama’s ni bukan calang-calang tau!

Kalau anda semua nak tahu bagaimanakah rasa makanan daripada Grandmama’s ni, anda kena datang ke outlet Grandmama’s dan mencuba makanan yang dihidangkan oleh mereka!