Featured, Inovasi, Tech

7 Robot Ini Bakal Mengubah Dunia!

Pengunaan robot di dalam industri di seluruh dunia telah mula berkembang pesat. Pelbagai idea dan ciptaan telah di hasilkan demi kegunaan dan kesejahteraan manusia sejagat.

Berikut merupakan tujuh jenis robot yang bakal mengubah dunia serta persepsi anda tentang perkembangan teknologi!

Chihira Aico

Foto: World Economic Forum

Merupakan sebuah robot android dengan memiliki rupa bentuk seperti seorang manusia biasa terutama expresi wajahnya yang sangat serupa seperti manusia biasa! Robot android manusia ini merupakan hasil ciptaan oleh Toshiba yang di beri nama Chihira Aico!

Robobees

Foto: World Economic Forum

Robobees merupakan sebuah robot terbang yang sangat kecil. Menariknya Robobees ini bertindak seperti lebah normal dan membantu pendebungaan, dan ini secara tidak langsung membuatkan ekosistem lebih terjaga!

Selain itu, Robobees juga di guna sebagai alat perakam! Ala macam alat rakaman untuk perisikan gitu!

Snake Robots

Foto: World Economic Forum

Siapa yang tak takut pada ular betul tak? Tapi lain pula dengan ahli reka cipta yang membina robot ular ni! Robot ini di cipta untuk membantu manusia untuk pergi ke tempat-tempat yang manusia biasa tidak dapat pergi. Contohnya bangunan yang runtuh atau saluran-saluran sempit dan kecil.

Jia Jia

Foto: World Economic Forum

Jia Jia merupakan sebuah robot manusia gabungan hasil ciptaan teknologi Artificial Intelligence (AI). Wow, hebat bukan robot hasil ciptaan The University of Science and Technology of China ini juga mampu berbual dengan anda dan memberi ‘pandangannya’ sendiri jika anda berfikir bukan-bukan tentang dirinya!

PiBot

Foto: World Economic Forum

PiBot pula di reka untuk menerbangkan kapal terbang! Ya, kapal terbang. Ini kerana PiBot mempunyai daya kawalan yang sama seperti daya fizikal seorang manusia biasa.

Tetapi buat masa sekarang ini, ia digunakan untuk penerbangan simulasi sahaja. Anda tak perlu risau okay! Selagi kajian belum betul-betul kuat ia tidak akan digunakan di dalam penerbangan sebenar.

MyBot

Foto: World Economic Forum

MyBot pula merupakan sebuah robot yang direka dengan Episodic Memory iaitu mempunyai simpanan data dan pengalaman yang lampau! Malah ia juga mampu mempelajari tugas-tugas yang complex!

Brain Machine Interface

Foto: World Economic Forum

Brain machine interface ini menghantar isyarat optikal secara langsung ke otak pengguna untuk mengawal mesin!