5 Alasan Kenapa Realme 2 Pro Sesuai Untuk Generasi Muda

48

Industri telefon pintar sentiasa kompetitif. Pelancaran Realme di Malaysia menandakan langkah pertama jenama ini ke pasaran dengan produk terkuatnya, Realme 2 Pro. Secara keseluruhan, Siri Realme 2 telah memecah rekodnya sejak dilancarkan di India pada awal tahun ini, pada Mei 2018.  Berikut 5 Fakta menarik tentang Realme 2 Pro.

1Qualcomm Snapdragon 660 AIE

Realme 2 Pro hadir dengan sokongan pemproses lapan teras Qualcomm Snapdragon 660 AIE dan juga GPU Adreno 512. Keupayaan pemproses dengan sokongan AI ini membolehkan pemproses isyarat imej, pencarian WiFi atau Bluetooth, dan juga sambungan komunikasi serta penglokasian dalam mod penggunaan tenaga yang rendah.

2Sokongan 8GB RAM dan 128GB ROM yang pertama dalam segmennya

Walaupun ditawarkan pada harga yang sangat kompetitif, Realme 2 Pro menjadi telefon pintar pertama dalam segmen harganya yang dilengkapi dengan sokongan 8GB RAM dan juga 128GB RAM. Memori LPDDR4X dengan empat saluran ini turut meningkatkan frekuensi pemprosesan, sekaligus menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 40%, berupaya membuka aplikasi lebih pantas dan mengoperasikan beberapa aplikasi secara serentak dengan lebih lancar.

3Rekaan Lengkungan Kecil 

Hadir dengan skrin besar berukuran 6.3 inci HD+ bernisbah 19.5:9, Realme 2 Pro merupakan telefon pintar pertama dalam segmen harganya yang hadir dengan rekaan lengkungan kecil mirip seperti titisan air. Ini secara tidak langsung menjanjikan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 90.8%.

4Penampilan Fizikal Yang Bergaya

Dengan harga jualan antara RM849 hingga RM1099, Realme 2 Pro dengan sokongan dwi kamera 16MP + 2MP untuk efek bokeh ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Black Sea dan juga warna istimewa Ice Lake yang pada pendapat kami tampil lebih cantik.

5Servis Selepas jualan

Walaupun Realme merupakan jenama baru di Malaysia, anda tidak perlu risau akan servis selepas jualan untuk peranti yang dibeli. Buat masa ini Realme memiliki sebanyak 21 pusat servis fizikal dan juga rakan e-dagang yang mampu menawarkan perkhidmatan serta komponen alat ganti yang original.

Realme 2 Pro kini boleh dimiliki pada harga diskaun yang sangat menarik bermula tengah malam ini (11 November), eksklusif di Shopee bersempena ‘11.11 Big Sale’:

  • 4GB RAM + 64GB ROM → RM 799 (RM849)
  • 6GB RAM + 64GB ROM → RM 899 (RM949)
  • 8GB RAM + 128GB ROM → RM 999 (RM1099)

Siap sedia untuk memilikinya pada harga tawaran hanya di https://shopee.com.my/realme.os