Featured, Inovasi, Luar Negara, Sosial, Tech

Sejauh 800m! Beginilah Eskalator Terpanjang Di Dunia

Wah selepas eskalator tertinggi, kini ada pula walkalator terpanjang ya!

Manusia ni mempunyai pelbagai idea serta daya pemikiran yang unik! Sampai walkalator pun boleh jadi fenomena tau. Selepas eskalator tertinggi di dunia iaitu Jepun, kini admin bawakan eskalator terpanjang di Hong Kong!

Menariknya eskalator ini telah di buka sejak 15 Oktober 1993 yang lalu. Wah, 25 tahun telah berlalu kalau macam tu! Wah, adakah binaan yang hebat-hebat ni semuanya di bina pada tahun 90’an? Apa-apa pun ia mungkin hanya kebetulan sahaja!

Okay berbalik kepada eskalator di Hong Kong ini, ia sememangnya terkenal dengan ke-panjangan-an eskalator nya iaitu sepanjang 800 meter. Sistem eskalator yang dibahagi kepada uphill dan downhill!

Untuk pengetahuan anda, sepanjang laluan di eskalator ini ia menghubungkan 14 laluan masuk dan keluar ke eskalator ini.

Plan yang sistematik serta penggunaan eskalator yang sangat inovatif ini sememangnya mesra pengguna! Dan membantu mengawal kesesakan lalu lintas pada masa yang sama!

Foto: Discover Hong Kong (Peta laluan Mid Levels Eskalator)
Foto: TripAdvisor
Foto: TimeOut