Wow! Motosikal Terbang Untuk Anggota Polis Di Dubai

163

Sebagai salah satu negara terkaya di dunia, Dubai dikenali dengan sebagai negara maju, terutama sekali dalam bidang infrastruktur. Kemajuan Dubai tak hanya dari segi infrastruktur, tetapi juga dalam hal-hal lain. Salah satunya di bidang keselamatan dengan menghadirkan motosikal terbang yang mampu membantu anggota polis menjalankan tugasnya.

Motosikal terbang yang direka oleh perusahaan teknologi California tersebut mampu membantu polis ketika dalam keadaan darurat di lokasi yang sulit terjangkau.

Dipetik dari dailymail.co.uk, motosikal terbang yang diberi nama Hoverbike S3 2019 tersebut dilengkapi dengan empat kuasa kipas yang membawanya terbang. Hoverbike S3 juga dilengkapi dengan kuasa bateri seberat 114 kg yang mampu terbang selama 40 minit dalam mode drone.

Pertama kali diperkenalkan di sebuah pameran perdagangan teknologi tahunan di Dubai, saat ini anggota polis Dubai sudah memiliki dua pengemudi yang terlatih untuk mengendalikan motosikal terbang tersebut.