Kualiti streaming video di Malaysia termasuk yang paling rendah menurut laporan The State of Mobile Video terbaru yang dikeluarkan oleh perusahaan pemetaan jaringan OpenSignal.

Di antara 14 negara Asia Timur dan Australia yang tersenarai dalam laporan OpenSignal, Malaysia menduduki nombor ke-4 dari bawah terhadap kualiti pengalaman keseluruhan video streaming mobile menerusi penggunaan telefon bimbit anda.

Secara keseluruhannya, Malaysia mendapat skor 46.7 mata dari 100 mata maksima, manakala Filipina menduduki mata terendah dengan 35 mata dan Kamboja di urutan kedua dengan mata 40.7. Sementara negara dengan internet terbaik di Asia Timur dirangkul oleh Singapura dengan skor 66.9 mata, kemudian di ikuti oleh Korea Selatan 62.78 mata, dan Jepun 60.19 mata.

Tak hanya di Asia, secara global, Singapura menjadi salah satu dari 11 negara di dunia dengan  anggaran kualiti video streaming “paling baik”. Wilayah lain yang masuk dalam Asia dengan kualiti video sangat baik adalah Australia dan Taiwan dengan 65 mata.

OpenSignal melaporkan bahawa secara keseluruhan, 14 negara Asia Timur tersebut berada pada rentang penilaian Good dan Fair. Open Signal menilai kualiti “pengalaman menonton video” berdasarkan kriteria yang disusun oleh lembaga Internatioal Telecommunication Union (ITU), meliputi kualiti gambar, waktu loading, dan frekuensi video tergendala (stalling).

OpenSignal turut memberikan skor video streaming berdasarkan kelima-lima syarikat Telco di Malaysia. Maxis duduk di urutan pertama, diikuti secara berturut-turut oleh YES, Celcom, Digi, Umobile dan Unifi.

Jadi kesimpulan dari laporan OpenSignal, ternyata skor pengalaman video di Malaysia hakikatnya paling buruk. Ini kerana di benua Asia, peringkat video streaming di Malaysia hanya lebih tinggi dari Kamboja, Pakistan, India, Iran, Indonesia dan Filipina. Sedih kan?

SOURCEOpen Signal
SHARE
Previous articleSi Genius 13 Tahun Menggemparkan Dunia Perubatan!
Next articleTransformasi Aplikasi MyPesara Tampil 5 Manfaat Baharu!
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.