Hari ini Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)KWAP, melancarkan aplikasi MyPesara dengan pelbagai faedah yang menarik khas untuk kesemua pesara kerajaan dan bukan kerajaan, bakal pesara dan juga pengguna aplikasi di Malaysia.

Foto: Ilyas Md Zain

Berita baik untuk pesara, yang bakal bersara serta pengguna app, KWAP kini tampil dengan pembaharuan MyPesara. Segala input serta penambahbaikan aplikasi berkenaan telah diperkemaskan untuk memudahkan anda mengakses aplikasi berkenaan.

Berikut 5 Manfaat baharu aplikasi MyPesara khas untuk anda:

Foto: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) – KWAP

1Kalkulator Kewangan

Kalkulator ini akan mengira wang simpanan, kredit kad, nilai penggadaian, dan pengiraan nilai aset dan harta pesara, bakal pesara serta pengguna biasa.

2Pengesan Wang Perbelanjaan

Segala pengeluaran wang anda akan di kesan dan anda dapat melihat berapa rekod pengeluaran wang anda tiap-tiap bulan.

3Bantuan Pengurusan Perancang Kewangan

Foto: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) – KWAP

Di dalam aplikasi MyPesara kali ini menambah bahagian pengurusan perancangan kewangan anda. Ia juga turut di sertakan dengan beberapa maklumat serta tip-tip pengurusan kewangan bagi membantu anda.

4Rekod Kesihatan

Di dalam aplikasi ini juga akan merekod tahap kesihatan anda dengan pengambilan air dalam badan, gula dan tekanan darah dengan penggunaan aplikasi ini.

5E-Kad Pesara Dan No Kecemasan

E-kad pesara ini merupakan kad pesara digital anda, menggantikan kad pesara yang biasa. Dengan adanya E-kad pesara ini, anda tidak perlu risau jika kad anda tertinggal di rumah ketika ingin menggunakannya.

Selain itu, aplikasi MyPesara ini juga tampil dengan maklumat no kecemasan jika anda memerlukan, seperti lokasi hospital, balai polis, dan balai bomba yang berhampiran dengan anda. Malah aplikasi ini juga di lengkapi dengan toggle S.O.S jika berlaku sebarang kecemasan.

Aplikasi ini bukan sahaja untuk pesara dan bakal kerajaan sahaja. Malah pesara dan bakal pesara dari sektor swasta juga boleh memuat turun aplikasi ini dan menggunakan segala kemudahan yang ada di dalam aplikasi ini kecuali yang berkaitan dengan kerajaan sahaja.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini pada 22 November ini nanti di Google App Store dan App Store anda!