Boost, aplikasi e-dompet tempatan, memangkin pendigitalan dan menyatukan cara orang ramai menempah dan membeli tiket pengangkutan awam di Malaysia. Boost menjadikan pengangkutan awam lebih mudah, tanpa tunai dan senang diuruskan dengan hanya menggunakan satu aplikasi e-dompet sahaja menerusi kerjasama dengan KLIA Ekspres, KTM, CatchThatBus, EzCab dan citycarpark.

Kerjasama tersebut dijalin bagi menggalakkan pengembangan, transformasi dan pendigitalan industri pengangkutan awam serta tempat letak kenderaan bagi memperluaskan lagi ekosistem tanpa tunai di Malaysia.

Pengintegrasian antara rakan kongsi berkenaan membolehkan Boost menjadi aplikasi tunggal untuk para pelanggan merancang perjalanan domestik dan meletakkan kenderaan mereka dengan mudah, cepat dan selamat menerusi e-dompet mereka.

Kerjasama ini akan memudahkan pengguna Boost untuk:

  1. Membayar parkir di dalam Kuala Lumpur yang diuruskan oleh citycarpark dan melanjutkan tempoh letak kenderaan melalui aplikasi Boost
  2. Membeli tiket bas daripada CatchThatBus melalui aplikasi Boost
  3. Membeli tiket KLIA Ekspres melalui aplikasi Boost
  4. Membeli tiket tren antara bandar KTM di dalam laman sesawang KTM dengan menggunakan e-dompet Boost mereka
  5. Membeli makanan dan minuman daripada Brahims di dalam tren ETS KTM
  6. Membayar perkhidmatan e-hailing EzCab menggunakan aplikasi Boost mereka

Di dalam usaha Boost untuk memperluaskan lagi rangkaian peniaga serta rakan kongsinya, langkah untuk memasuki industri pengangkutan awam bakal mewujudkan pengalaman digital yang lebih menyeluruh kepada para pelanggannya di samping memudahkan perjalanan jutaan pengguna pengangkutan awam.

Dengan lebih 3.2 juta pengguna setakat ini dan hampir 50,000 peniaga di dalam dan di luar talian di seluruh negara, Boost telah merevolusikan cara orang ramai menjalankan urus niaga di dalam dunia digital hari ini, menjadikan pembayaran tanpa tunai e-dompet lebih diterima ramai.

SHARE
Previous articleTransformasi Aplikasi MyPesara Tampil 5 Manfaat Baharu!
Next articleBMW Malaysia Memperkenalkan ‘BMW Moments’ & Ini 3 Kelebihannya
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.