Bernilai RM54 Juta! Beginilah Mewahnya Kereta Termahal Di Dunia

920

Anda tak percaya sebuah kereta berharga RM54 Juta? Percayalah! Kerana di dunia serba moden dan canggih ini tiada apa yang mustahil!

Kereta jenama apa yang mahal sangat ni! Harganya boleh membeli sebuah rumah banglo mewah di Hollywood!

Kereta jenama Ferrari kah? Bugatti? Koenigsegg? atau Lamborghini? Semua bukan! Jawapan yang tepat adalah kereta jenama Rolls Royce Bespoke Sweptail!

Foto: Architectural Digest

Ya, inilah kereta termahal di dunia yang di jual dengan harga US$ 13 Juta atau RM 54 Juta dalam wang ringgit Malaysia. Wow!

Untuk pengetahuan anda kereta Rolls Royce Sweeptail ini telah dijual pada tahun 2017 dengan harga US$ 13 Juta kepada seseorang individu, di mana identiti pemilik kenderaan tersebut telah di rahsiakan!

Wah-wah, sememangnya bukan biasa-biasa yang mampu beli kereta seperti ini betul tak?

Jadi apa yang membuatkan Rolls Royce Bespoke Sweptail ni mahal sangat harganya? Ada rahsia ke disebalik penghasilan kereta ni?

Nak tahu, jom kita siasat!

1Berinspirasikan reka bentuk pada tahun 1920

Foto: CAR Magazine

Kereta Rolls Royce Bespoke Sweptail ini di inspirasi daripada idea rekaan pada 1920 an yang lalu. Rekaan yang eksklusif dan sophisticated ini boleh di dapati di Rolls Royce sahaja tau!

Pengeluar kereta veteran ini sememangnya memenuhi kehendak golongan yang eksklusif sahaja!

2Grill kereta paling besar di dunia!

Foto: CAR Magazine

Selain rekaan yang cukup unik dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri, kereta Rolls Royce Bespoke Sweptail ini merupakan satu-satunya kereta di dunia ini yang mempunyai grill kereta yang sangat besar!

Malah rekaan grill Bespoke Sweptail ini juga sepadan dengan rekaan bumper serta lampu kereta yang sophisticated ini! Wow, sememangnya penuh ketelitian dan kesenian!

3Kabin minimalis seolah-olah mini kapal layar!

Foto: Motor Authority

Idea yang segar dan sentuhan kreatifnya membuatkan kereta ini tergolong dalam kelasnya yang tersendiri! Aura ‘Bangsawan’ kereta ini dapat di lihat dengan rekaan dalam kereta yang seperti mini kabin di dalam kapal layar ini sangat eksklusif dan mewah!

Foto: Spyder7

Wah! Memang fe-feeling dalam kapal layar je rasa!

4Kuat dan tahan lasak

Foto: Motor1

Bak kata pepatah, ‘Menang membeli, alah memakai’ Ya lah mana tidaknya, dengan harga ‘Setinggi langit’ sebegitu pastilah kualiti kereta ini juga sangat terjaga. Segala elemen, rekaan, fabrik, jenis besi, kayu dan pelbagai aspek lain di ambil kira. Jadi tidak hairan kereta ini mempunyai daya ketahanan yang cukup kuat dan tinggi!