Boogie Boards Elektrik Gelombang Luncur Baharu!

30

Siapa minat meluncur dekat sini? Bila pergi pantai je tak sah kalau tak meluncur!

Tapi itulah, nak tunggu ombak datang pula satu hal lagi! Nak-nak gelombang ombak di Malaysia ni bukan macam dekat luar negara tu! Besar-besar dan puas hati meluncur betul tak?

Haa, admin ada berita gembira untuk anda yang gemar bermain air dan meluncur ni!

Sekarang tak perlu susah-susah tunggu ombak lagi dah! Cukup dengan menggunakan Boogie board ni je!

Foto: Unique Hunters

Ya, lepas ni anda tak perlu risau ombak tak cukup kuat nak tolak board luncur anda tu, sebab apa Boogie board ini bergerak sendiri!

Ni bukan main-main tau, betul-betul ni. Boogie board keluaran daripada The Kymera Body Board ini merupakan Jet air Boogie board elektrik!

Malah board ni mampu bergerak 20mph! Dan kelajuan tersebut akan di adjust mengikut faktor berat badan, jenis air laut dan pelbagai aspek lain lagi.

Boogie board ini mampu menampung berat badan seseorang sehingga 90Kg tau! Wah, orang yang mempunyai berat badan seperti ini tak perlu risau, anda boleh meluncur seperti biasa!

Hebat-hebat rekaan berteknologi tinggi ni! Admin pun nak mencubanya jugalah satu hari nanti!