Bab bab nak dapat hadiah ni, memang kami suka! Terbaru, tapp, telco dalam aplikasi yang diperkasakan oleh Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”) telah bekerjasama dengan Cornetto Malaysia untuk memberikan kejutan “manis” kepada pelanggannya. Promosi yang telah bermula sejak awal bulan November akan berakhir pada 26 November tahun ini.

Melalui promosi ini pelanggan akan menerima kad sim tapp secara percuma apabila mereka membeli aiskrim Cornetto di mana-mana 2,235 kedai serbaneka 7-Eleven di seluruh negara. Dalam tempoh promosi ini, pelanggan boleh menuntut kad sim di kaunter pembayaran bagi setiap pembelian Cornetto, selagi stok masih ada.

tapp merupakan sebuah aplikasi mudah alih yang membolehkan pelanggan menyusun dan mengurus pelan data mereka sendiri, serta memberikan sentuhan peribadi kepada tetapan bajet, tarikh luput, kuota data dan suara berdasarkan keperluan sebenar mereka.

Disebabkan tiada pembaharuan secara automatik dalam tapp, pelanggan memiliki pilihan untuk menjual semula kuota lebihan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan sebarang kontrak.

Pelan boleh diubahsuai dengan mudah dalam masa nyata di mana pelanggan hanya perlu melaraskan “slider” di dalam aplikasi tersebut untuk menetapkan kuota data dan suara yang mereka inginkan.

tapp kini sedia dimuat turun untuk peranti Android, manakala versi iOS pula sedang dibangunkan. Sebaik dimuat turun, pelanggan perlu mendaftar untuk memilih nombor tapp yang diingini, yang akan membolehkan mereka membuat panggilan dan menghantar mesej ke nombor tapp yang lain secara percuma. Dengan itu, pelanggan boleh membuat tempahan di mana kad sim tapp boleh dihantar secara terus kepada mereka.

Dari 27 Nov hingga 24 Dis, pelanggan yang memiliki kad sim tapp berpeluang mendapat ganjaran menerusi aplikasi tersebut jika mereka membeli lebih banyak Cornetto. Setiap kali mereka membeli Cornetto, mereka perlu meminta kod QR di kaunter pembayaran dan imbas kod tersebut di bahagian Ganjaran di dalam aplikasi tapp.

Bagi setiap tiga pembelian, pelanggan berpeluang untuk menuntut kredit sebanyak RM10, manakala lapan pembelian akan memberi ganjaran kredit tapp RM15. Ganjaran tersebut hanya boleh ditebus sekali sahaja untuk setiap pelanggan. Menarik kan?

SHARE
Previous article5 Jet Pejuang Dengan Harga ‘Maut’!
Next articlePesta Larian Bermandikan Sinaran Neon Kembali Lagi
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.