Inspirasi Matahari Terbit! Mungkinkah Ini Kaedah Agrikultur Terbaik?

13

Di Jepun, kini telah merangka plan dalam menangani penambahan kapasiti penduduk di bandar sebanyak 2.5 Billion menjelang 2050!

Foto: GGRAsia

Tetapi dengan penambahan bilangan penduduk yang semakin meningkat akan menyebabkan penambahan dan peningkatan permintaan terhadap makanan akan naik.

Di tambah pula sektor agrikultur di Jepun semakin menurun kerana kekurangan tanah pertanian!

Oleh itu, sebuah syarikat di wilayah Fukushima iaitu Aizu-Wakamatsu merupakan kilang Fujitsu yang menghasilkan cip semikonduktor untuk komputer.

Tetapi sayangnya, permintaan pembuatan cip semakin berkurangan dan syarikat ini telah memfokuskan penggunaan semikondukturnya untuk pertanian agrikultur! Wah, hebat betul!

Foto: The Japan Times

Walaupun pada asalnya syarikat ini menghasilkan cip semikonduktor untuk komputer, tetapi mereka beralih arah kepada bidang agrikultur dengan idea dan konsep tanpa penggunaan tanah!

Kini kilang Fujitsu iaitu Aizu-Wakamatsu memfokuskan pertanian sayur salad yang rendah potassium!

Dengan menggunakan cip semikonduktor, mereka dapat menghasilkan sayur yang bersih dan sihat serta kurang bakteria! Wah, memang betul-betul hebat orang Jepun ni!

Idea mereka bercucuk tanam dengan gabungan cip semikonduktor yang tidak digunakan lagi ini sememangnya memberi inspirasi bagi negara seperti Malaysia untuk belajar dan mengkaji seperti syarikat Fujitsu di Jepun ini.

Dan idea sebegini sememangnya bagus untuk diguna pakai kerana ia tidak memerlukan tanah yang berhektar-hektar malah kawalan terhadap kebersihan serta kesihatan dapat di jamin mutunya!

Ingat teknologi datang dalam pelbagai bentuk dan aspirasi cuma kita harus bijak dan kreatif dalam mencari jalan untuk menghubungkan idea kreatif dengan teknologi yang di miliki!