Semalam Lenovo telah melancaran notebook terbarunya iaitu Yoga Series dengan  sentuhan dinamik yang gempak dan eksklusif!

Foto: Lenovo (Bahagian Tengah, daripada kiri ke kanan: Ronald Chew (Pengasas Nerdunit), Wong Yuen Lai (Peneraju Konsumer Utama Lenovo Malaysia), dan Khoo Hung Chuan (Country General Manager Lenovo Malaysia).

Pelancaran notebook premium Yoga Series ini bertempat di Pavilion petang semalam telah mempamerkan tiga koleksi terbarunya iaitu Yoga S730, Yoga C930 dan Yoga Book C930!

Foto: Ilyas Md Zain

Lenovo kini tampil dengan konsep kontemporari dengan gabungan fashion dan teknologi!

Menariknya pelancaran Lenovo kali ini, Lenovo Malaysia telah berkerjasama bersama gedung pakaian berjenama iaitu Nerd Unit!

Foto: Lenovo

Rekaan Yoga Series terbaru ini sememangnya di tunggu-tunggu oleh fashionista di  Malaysia ini!

Kenapa admin kata golongan fashionista? Bayang anda pergi ke tempat kerja dengan pakaian yang smart casual atau formal sekali pun, dengan menggunakan Lenovo daripada Yoga Series ini anda tak perlu risau dengan beg laptop yang besar!

Atau menanggung berat di bahu kerana membawa laptop atau notebook yang berat kerana rekaan terbaru daripada Yoga Series ini sangat ringan!

Malah anda boleh menyimpannya di dalam handbag juga! Boleh bayangkan tak betapa ringan, nipis dan compactnya notebook Yoga Series ni!

Foto: Lenovo (Yoga Book C930)

Lenovo Yoga Book C930 akan berada di pasaran tidak lama lagi, harga serta maklumatnya boleh di layari di website lenovo!

Foto: Lenovo (Yoga C930)

Manakala Lenovo Yoga C930, boleh di beli secara online dan harganya bermula pada RM6,044 termasuk SST!

Foto: Lenovo (Yoga S730)

Dan Lenovo Yoga S730 pula boleh di beli secara online dan di semua outlet eksklusif Lenovo bermula pada 1 Disember 2018 ini! Dan harga bermula daripada RM3,859 termasuk SST.

Jadi untuk anda yang mahukan kelainan dan inginkan sentuhan kontemporari gabungan fashion dan teknologi, dapatkan notebook Lenovo Yoga Series di pasaran nanti! Dan segala maklumat lanjut boleh lawati website lenovo!