Featured, Gadget, Inovasi, Luar Negara, Tech

Gempak! Iron Man Keluar Dari Kipas?

Penggunaan kipas sudah selari dengan kegunaan harian kita, malah tanpa kipas kita akan mengeluh kesah bukan?

Tapi kini penggunaan kipas juga telah menjadi satu bahan iklan serta impak bagi membantu meningkatkan pemasaran, tarikan pelancong dan sebagainya!

Kipas elektrik yang mampu memancarkan imej 3 dimensi ini atau 3D ini telah menjadi tumpuan masyarakat di seluruh dunia!

Foto: IcrossChina

Wow, menariknya! Imej apa yang di keluarkan sehingga mampu mencuri tumpuan sehingga di serata dunia ni?

Di klip video yang di paparkan oleh CGTN di YouTube memperlihatkan pelbagai imej-imej keluar dari kipas elektrik dalam bentuk lampu LED!

Imbasan dari klip video yang di ambil oleh CGTN daripada laman Facebook Big Screen Video dan Weibo Zhou Quan ini telah mencuri tumpuan orang ramai.

Kipas elektrik yang menghasilkan pelbagai imej menarik seperti perisai Iron Man, Pikachu, Bungkusan McDonald dan macam-macam lagi menarik perhatian pengguna sosial media di seluruh dunia!

“Kipas elektrik yang menghasilkan imej 3D holografik  ini telah dicipta oleh sebuah syarikat di Nanjing, di bahagian timur di wilayah Jiangsu”

Syarikat ini mempunyai ramai pekerja yang mahir serta mempunyai idea kreatif dan inovasi dalam menghasilkan sesuatu produk.

Zhou Quan merupakan CEO syarikat serta dalam masa yang sama merupakan ketua jabatan di bahagian kajian dan development.

Zhou Quan yang merupakan bekas graduan Sountheast University di Nanjing ini. Menghasilkan smart holografik yang mampu menonjolkan imej dalam bentuk 3D.

Smart holografik 3D ini sebenarnya mempunyai empat bilah lampu LED yang menyerupai kipas. Dan apabila ia berputar, ia akan mengeluarkan imej 3D!” – ujar Zhou Quan

Banyak yang kita lihat produk-produk berteknologi tinggi dan berinovasi ini, di cipta oleh negara-negara di sebelah timur ini seperti Jepun, China dan juga Korea!

Dan banyak juga produk serta idea-idea mereka yang menarik boleh, kita guna pakai untuk memajukan industri teknologi dan inovasi di Malaysia juga!