Dunia pengbuatan kenderaan kini berkembang dengan penuh versetile dan sentuhan unik tersendiri.

Dan itu yang membuatkan setiap kenderaan mempunyai trend mark nya yang tersendiri.

Bagi penggemar aktiviti menjelajah beramai-ramai dengan menggunakan motosikal, pasti telah tersemat jenama kegemaran masing-masing bukan?

Dan adakalanya harga motosikal dengan jenama-jenama terkenal dunia ini bukan biasa-biasa! Harganya mampu ‘membunuh’ wang simpanan anda sendiri!

Jom kita lihat harga dan jenama motosikal yang ‘membunuh’ ni!

1Harley Davidson Cosmic Starship RM6.2 Juta

Foto: Bikes Republic

Menurut Finances Online, motor Harley Davidson Cosmic Starship ini, pernah dijual pada harga RM14.6 Juta.

Malah ia boleh mencecah sehingga RM50.2 Juta! Wah, jaringan harga bertukar-tukar mengikut permintaan.

Menariknya kombinasi seni dan warna yang di olah oleh Jack Armstrong ini membuatkan motor Harley Davidson ini tampil eksklusif dengan gaya dan sentuhan yang tersendiri!

2BMS Nehmesis RM12.5 Juta

Foto: Top Speed

Reka bentuk motor seperti ala-ala ikan Paus ini sememangnya memberi perasaan gah! Kepada si penunggangnya.

Segala perincian baik dari segi bentuk paip line nya, enjin sehingga ke rim motor memberikan daya impak yang sangat mendalam.

Tambahan pula warna kuning bergemerlapan ini pula adalah emas 24-karat! Wah-wah, tidak hairan lah harganya juga ‘menyengat’!

3Hildebrand & Wolfmuller RM14.6 Juta

Foto: Hemmings Motor News

Sejarah itu berharga! Begitu jugalah dengan motorsikal dari Hildebrand & Wolfmuller ini akan menghantar anda ke masa silam iaitu 124 tahun yang lampau pada era 1894!

Pada asalnya Heinrich dan Wilhelm Hidebrand merupakan jurutera enjin steam pada waktu itu, sebelum mereka berkolaborasi bersama Alois Wolfmuller untuk mencipta motorsikal jenama mereka sendiri pada tahun 1894!

4Ecosse ES1 Spirit RM15 Juta

Foto: Motorcyle News

Anda tahu tak, untuk menunggang motorsikal seperti ini memerlukan latihan!

Ya, mana tidaknya sedangkan penunggang motorsikal profesional harus menjalani latihan menunggang selama dua minggu sebelum menunggang motor ini.

Anda boleh lihat sendiri motorsikal ini  bukan seperti mana-mana motorsikal biasa kerana ia tidak mempunyai rangka badan.

Malah, swingarm dan suspension di bahagian belakang bersambung dengan gearbox. Manakala suspension di bahagian depan pula bersambung dengan enjin motorsikal!

Banyak rekaan yang sangat complex menjadikannya salah satu trend mark nya yang tersendiri.

51949 E90 AJS Porcupine RM29.3 Juta

Foto: Motorcyle Specs

Motorsikal yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia di gunakan sebagai motor lumba pada masa lalu.

Malah keluaran motor ini juga di hasilkan sebanyak empat unit sahaja pada tahun 1949.

Dan salah satu dari unit ini berjaya di tawan oleh Les Graham sebagai pemenang di kejohanan dunia pada tahun 1949.

Rangka motorsikal yang terbuka dengan elemen aluminium alloy, 500cc, DOHC dengan enjin berkembar yang berbentuk silinder yang mendatar ini memberikan daya tarikan graviti yang rendah.

Dimana ia di gelar sebagai ‘Jam-pot’ shocks dan  Teledraulic yang bergerak dibawah tekanan.

Wah, memang canggih dan complex rekaan motorsikal 1949 E90 AJS Porcupine ni!

6Neiman Marcus Limited Edition Fighter RM46 Juta

Foto: Luxury Cars and Vehicle

Neiman Marcus merupakan satu nama besar, keunikan reka bentuk seperti jam ini sangat mencuri perhatian.

Apatah lagi motor ini memberi satu kesan evolusi-evolusi motorsikal yang ada di dalam sejarah penghasilannya.

Sememangnya berinspirasikan ‘fighter’ dengan 190 mph top speed, kuasa tunggangan sebanyak 120ci dengan sentuhan 45 degree enjin berkembar yang berbentuk V.

Malah, perincian daripada titanium, aluminium dan carbon fiber di anggota badan motorsikal, memberikan ia elemen ‘fighter’ yang terserlah gah!