Hello Kitty dan rakan-rakannya akan datang ke Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times bertempat di Quill City Mall Kuala Lumpur dari 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019.

Pameran sebesar 1,500 meter persegi menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang menawarkan pengalaman visual menakjubkan.

Pameran terbesar seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara ini dianjurkan selama tujuh minggu merentasi cuti sekolah, Krismas serta Tahun Baru.

13 Zon Kenangan dengan 4 Sorotan Istimewa

Tumpuan utama pameran ini ialah SANRIO VILLAGE di mana 100 watak dari keluarga Sanrio akan berkumpul di sini, termasuk kereta api mainan Sanrio yang sangat nostalgia.

Kampung ini dimodelkan berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970. Tarikan kedua ialah replika dompet syiling Hello Kitty iaitu barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia.

Selain itu, barisan pereka Sanrio Japan akan berada di pameran ini untuk mencipta lakaran eksklusif 9 watak Sanrio terkenal.

The Plushy World – Ruangan paling sesuai untuk aksi Instagram di bandar Selain semua itu, pengunjung berpeluang melihat sendiri Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter dan lebih 2,000 boneka mewah di dalam sebuah terowong.

Pameran ini akan membawa pengunjung dalam sebuah perjalanan merentasi zon tema berbeza termasuk ‘Sanio Time Tunnel’ yang membawa pengunjung mengenang semula semua watak klasik Sanrio yang dicipta saban tahun;

‘Paper Doll Fun’ mengingatkan masa yang menyeronokkan untuk memberi sentuhan fesyen pada anak patung. ‘Vintage Stationary House’ pula memaparkan pelbagai alat tulis klasik Sanrio, manakala ‘Strawberry Newsroom’ membenarkan peminat melayari isu eksklusif majalah bulanan Sanrio iaitu Strawberry News.

Tiket Our Sanrio Times Kuala Lumpur berharga RM33 (Warganegara Malaysia), Tiket istimewa untuk OKU dan warga emas berhargaRM20. Manakala tiket bukan warganegara Malaysia berharga RM60.  Menariknya, kanak-kanak yang ketinggiannya 90cm atau ke bawah tidak dikenakan bayaran untuk kemasukan. Apa tunggu lagi? Jom dapatkan tiket  menerusi laman web www.ticketcharge.com.my.

SHARE
Previous articleFakta 7 Komputer Tertua Di Dunia? Ada Yang Digunakan Semasa Perang
Next articlePengalaman Salji Turun Di Johor Disember Ini
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.