Acara, Libur, Lokal

Pengalaman Salji Turun Di Johor Disember Ini

Salji akan turun di Malaysia? Biar betul?

Legoland Malaysia Resort bakal memberikan pengalaman musim sejuk ‘Brick-Tacular’ sepanjang bulan Disember. Tahun ini, taman tema ini akan membawa salji sebenar ke Malaysia bagi memberikan pengalaman musim sejuk yang penuh keajaiban!

Setiap 30 minit, para pengunjung dapat menyaksikan penurunan salji di hadapan Big Shop, sekaligus menjadikannya sambutan yang paling unik di Malaysia sempena musim perayaan ini. Selain itu, para pengunjung juga dapat mengalami pengalaman artik di seluruh taman tema termasuk bar ais krim iglu yang pertama di Malaysia. Di situ, pengunjung juga dapat menikmati snek sejuk serta melihat rusa kutub LEGO® serta makhluk mitos elf yang menakjubkan!

LEGOLAND® Malaysia Resort akan meneruskan kesinambungan tradisi tahunannya dengan memasangkan lampu pada pokok Krismas LEGO® Duplo tertinggi di Asia Tenggara, yang dibina dengan 427,695 bongkah LEGO®. Selain itu, sesi menyanyi lagu Krismas juga akan disajikan bagi merancakkan lagi semangat perayaan ini.

Pertunjukan bunga api

Bagi mengucapkan selamat tinggal kepada musim percutian dan menyambut Tahun Baru, para pengunjung juga dapat menyaksikan pertunjukan bunga api 3D LEGO® yang bakal menerangi langit taman tema ini. Namun, aksi ini telah diberikan nafas baharu – bongkah-bongkah LEGO® akan jatuh dari langit semasa pertunjukan bunga api 3D LEGO®!

Berminat? Anda boleh merasai pengalam yang paling unik melalui tempahan tiket di laman sesawang rasmi, www.legoland.com.my.