Featured, Inovasi, Luar Negara, Tech, Trivia

5 Tapak Tinggalan Sejarah Tertua Di Dunia?

Sejarah banyak mengajar kita tentang ketamadunan sesuatu bangsa atau negara.

Malah melalui sejarah juga kita memperlajari ilmu-ilmu seperti sains, matematik,fizik, perubatan, infarstruktur, rekacipta dan pelbagai aspek lain.

Menyentuh berkenaan infrastruktur ia berkait rapat dengan pembinaan dan teknologi pembuatan!

Jom telesuri sejarah dan tapak tinggalan berpuluh ribu tahun ini! Apakah jenis pembinaan atau reka bentuk yang dibina? Pada zaman bilakah ia wujud dan pelbagai persoalan lain lagi akan di jawab di bawah!

Stone Wall at Theopetra Cave

Foto: Ancient Code

Tapak tinggalan sejarah berdekatan Kalambaka, Thessaly, Greece ini di anggarkan telah di bina sekitar 21,000 BCE (Before the Common Era) lagi!

Menurut para penkaji, tembok atau dinding yang dibina ini berkemungkin dibina sebagai penghadang angin sejuk yang melanda!

Para arkeologi barat berpendapat ini merupakan binaan yang pertama di buat oleh manusia.

Gobekli Tepe

Foto: UNESCO World Heritage Centre

Tapak tinggalan sejarah Gobekli Tepe ini berada berdekatan dengan di bahagian tenggara Anatolia di wilayah Turki!

Malah di anggarkan tapak ini telah dibina sekitar 9500 BCE – 8500 BCE. Tapak ini dipercayai merupakan tempat beribadat dengan penemuan

Foto: UNESCO World Heritage Centre

batu-batu yang mempunyai lukisan seperti musang, kerbau, singa, ular, labah-labah, beruang liar dan kala jengking yang berdiri teguh di sekitar tapak tinggalan sejarah ini.

Wall of Jericho

Foto: 21st Century Social Critic

Tapak tinggalan sejarah Wall of Jericho ini terletak di Jericho, Tebing Barat, Palestin. Binaan dinding ini dipercayai telah dibina sekitar 8000 BCE dan telah digunakan untuk melindungi penduduk dan penghadang banjir.

Wall of Jericho ini merupakan bandar tertua dan tapak ini di temui oleh Ernest Sellin dan Carl Watzinger di antara tahun 1907 – 1909.

Tower of Jericho

Tower of Jericho ini juga telah dibina pada tahun yang sama seperti Wall of Jericho.

Foto: Tektonministries

Menara ini berkemungkinan telah digunakan sebagai kubu pertahanan, anti-sistem banjir, tempat pemujaan atau merupakan simbol pemilikan politik. Tiada siapa yang tahu akan kegunaan sebenar menara ini. Dan ia kekal misteri!

Catalhoyuk

Foto: World Archaeology

Tapak tinggalan sejarah iaitu Catalhoyuk ini pula di anggarkan telah dibina sekitar 7500 BCE. Tapak tinggalan sejarah ini dahulunya adalah kampung yang terletak di wilayah Konya, Turki.

Daripada bekas tapak tinggalan sejarah ini, kita dapat lihat bahawa setiap pembinaan sama ada pusat ibadat, perkampungan, penempatan dan kubu ini dibina dengan sebegitu unik.

Cuba anda bayangkan dengan ketiadaan teknologi pada zaman atau era berkenaan, mereka berjaya membuat binaan yang kukuh di mana generasi ke hari ini masih lagi mampu melihat hasil tinggalan penempatan, pusat ibadat dan kubu mereka.

Sememangnya ia cukup mengagumkan dan membuktikan setiap zaman dan era tersebut mempunyai alat dan ciptaan mereka sendiri bagi membina kubu dan penempatan yang kukuh seperti ini.