Featured, Gadget, Inovasi, Life, Lokal, Luar Negara, Social Networks, Sosial, Tech

10 Top Android Yang Dimuat Turun Di Seluruh Dunia!

Nak tahu aplikasi android apakah yang menjadi carta 10 ke atas? Jom lihat statistik daripada Statista ini!

Foto: Statista

Wah nampaknya aplikasi WhatsApp mendominasi anak tangga pertama! Dengan jumlah muat turun sebanyak 77.27 Juta orang!

Manakala untuk anak tangga ke dua di ambil oleh aplikasi Messenger dengan jumlah muat turun seramai 58.28 Juta orang secara global!

Aplikasi Tik-Tok pula di tangga ke tiga dengan 42.79 Juta orang yang memuat turun aplikasi ini di telefon pintar mereka.

Facebook menduduki anak tangga yang ke empat dengan jumlah muat turun sebanyak 31.37 Juta.

Manakala bagi Instagram pula, seramai 30.85 Juta orang telah memuat turun aplikasi ini dan instagram berada di kedudukan ke lima secara global.

Permainan Helix Jump! Wah sememangnya ramai juga yang memuat turun aplikasi permainan online ini ya dengan jumlah muat turun 28.22 Juta! Dan merupakan tempat ke enam dari sepuluh top aplikasi android.

Bagi Facebook Lite ini pula, sebanyak 26.54 Juta telah di muat turun aplikasi ini secara global. Ramai juga yang guna Facebook Lite ni, ingat biasa-biasa je rupanya Facebook Lite berada di tangga ke tujuh daripada sepuluh top android lain!

Foto: Tech Worm

Permainan Merge Plane ini juga turut mendapat jumlah muat turun yang banyak dengan 24.38 Juta! Memang kaki game betul ni! Permainan ini berada di tangga ke lapan tau!

Happy Glass! Mesti ramai yang main game ni kan? Mana tidaknya 22.25 Juta orang telah memuat turun aplikasi ini tau.

Dan di tangga yang ke sepuluh adalah Messenger Lite dengan jumlah muat turun adalah 19.84 Juta dari seluruh global!

Wah, dahsyat juga admin lihat angka-angka yang telah di memuat turun aplikasi ini! Apabila pengetahuan mengenai teknologi terbuka luas dan semua itu boleh di lakukan di hujung jari anda sahaja!

Jadi manfaatkan apa yang ada dengan sebaik mungkin dan jangan salah guna pula ya!