“Pakai sunglass mahal-mahal nak pergi mana tu?”

Pernah kena dengan ayat macam ni tak? Atau ayat yang lebih kurang sama? Hah, mesti ada dan pernah di ajukan soalan-soalan perlian sebeginikan.

Nak buat macam mana, dah minat dengan sunglass tersebut dan mampu membelinya apa salahnya ya tak?

Tapi kalau dengan harga tinggi melangit macam ni pun, anda masih nak membeli juga ke? Jom lihat 6 sunglass dengan harga tinggi melangit ni!

1Chopard Sunglasses RM1,677,008 Juta

Foto: Luxuo

Sunglass berjenama Chopard ini berharga US $400,000 atau persamaan dengan RM1,677,008.22 Juta ringgit Malaaysia tau!

Ada sesiapa yang nak beli tak?

Sunglass ini di reka oleh De Rigo Vision untuk Swiss Jewelry House of Chopard pada tahun 2012 di showcase yang dianjurkan di Dubai.

De Rigo menggunakan teknik yang sangat tinggi dan sophiscated dalam menggunakan batu permata dengan rekaan yang klasik dan unik ini.

2Dolce and Gabbana DG2027B Sunglasses RM1,605,735 Juta

Foto: City of Kenmore

Wow! Mahal betul! Dengan harga sebegitu dah boleh beli sebuah rumah! Sememangnya bukan biasa-biasa.

3Shiels Emerald Sunglasses RM838,504

Foto: Finances Online

RM838,504.11 K atau US$ 200,000! Sunglass ini mengambil masa selama lima tahun untuk mencari batu emerald bagi membuat cerminnya sahaja. Manakala tiga bulan untuk mengilatkan cermin mata tersebut!

Wah memang bukan mudah nak hasilkan cermin mata yang mahal ni di tambal pula dengan menggunakan teknik dan teknologi tertentu sahaja yang boleh hasilkan cermin mata mahal macam ni!

4Cartier Panthere Glasses RM666,610

Foto: Finances Online

Cartier merupakan pembuat barangan mewah daripada France. Jenama ini terkenal dengan jam tangan serta barang kemas yang eksklusif dan mewah!

Sememangnya hasil kerja yang bermutu tinggi tambahan pula dengan penglibatan pembuatan ini sejak dari tahun 1847 lagi!

Jadi tidak hairan jika Cartier mengeluarkan cermin mata yang berharga US$159,000 atau persamaan dengan RM666,610.77 K!

5Luxuriator Canary Diamond Glasses RM272,513

Foto: Luxuriator by Franco

Los Angeles-based jewelry and eyewear Franco Inc. telah menghasilkan cermin mata Luxuriator Collection pada tahun 2004 lagi!

Cermin mata ini telah dihasilkan sendiri oleh pereka menggunakan tangan dan setiap cermin mata itu di ukir dengan batu permata!

Harganya pun boleh tahan RM272,513.84 K atau persamaan dengan US$65,000! Wow. Anda rasa kalau anda mempunyai wang yang banyak, anda nak beli ke cermin mata ni?

6Bulgari Flora Sunglassess RM247,358

Foto: Finances Online

Percaya atau tidak cermin mata berharga RM247,358.71 K atau persamaan dengan US$59,000 ini di miliki oleh seorang ahli perniagaan Luxottica conglomerate di Milan tau!

Wah, betul-betul golongan elite ni!

SOURCEFinances Online
SHARE
Previous articleHedy Lamarr Bukan Sekadar Artis Tetapi Pencipta Luar Biasa!
Next article5 Keyboard Gaming Gempak Untuk Gamers!
Mas Idayu
"Our world is so wide, so are the knowledge, never ever stop to learns and gain knowledge " - Mas