Apabila menyentuh mengenai online gaming menggunakan komputer, salah satu perkara asas dan penting bagi gamers adalah keyboard atau papan kekunci! Betul tak?

Jadi di sini admin akan berkongsi 5 buah jenama keyboard yang sesuai untuk gaming!

mungkin ada yang dah memiliki keyboard ini, jadi jangan segan silu untuk berkongsi pengalaman anda di ruangan komen admin ya!

1Razer Huntsman Elite

Foto: Razer

Papan kekunci Razer Hunstman Elite ini memberikan gamers pengalaman bermain game lebih ‘bernilai’.

Kelajuan untuk menekan papan kekunci ketika bermain game online merupakan waktu yang krisis bagi gamers.

Oleh itu, Razer telah menggunakan Opto-Mechanical Switch yang mempunyai optikal pengesan cahaya di dalamnya.

Apabila anda menekan papan kekunci tersebut secara tidak langsung anda telah mengaktifkan lampu signal dengan sentuhan pada papan kekunci anda!

Selain itu, Razer guna mempunyai beberapa kelebihan lain antaranya adalah 4-side underglow, multi-function digital dial, 10-key rollover,

gaming mode dan banyak lagi advantaged lain lagi, menambahkan lagi semangat ‘fighting’ tu!

2Roccat Vulcan 120 Aimo

Foto: Roccat Vulcan

‘Rasai Impaknya!’ Begitulah yang boleh di gambarkan apabila menggunakan papan kekunci Roccat Vulcan 120 Aimo ini.

Roccat Vulcan menggunakan Titan Switch yang direka dan dibina di dalam papan kekunci ini!

Pengalaman perubahan mekanikal memberikan pengalaman ketika bermain game lebih impak dan dinamik!

3Logitech G513

Foto: Logitech

Logitech G513 memberikan kelainan yang berbeza dengan tiga jenis pilihan mekanikal switch khas untuk gamers!

Logitech G513 direka untuk memberi kepuasan gaming kepada gamers! Dengan menggunakan papan kekunci ini, ia akan meningkatkan gaya dan corak permainan anda!

Wow, malah kualiti dan daya tahannya yang bagus merupakan salah satu pilihan keyboard oleh gamers!

4Cooler Master MasterSet MS120

Foto: Cooler Master

MasterSet MS120 ini di datangi dengan tetikus sekali. Ketahanan dan reka bentuknya yang biasa ditemui dalam pro-grade hardware.

Rasa sentuhan dan ketepatan pada papan kekunci dan tetikus ini mempunyai kualiti yang tersendiri dan sekaligus memberi inspirasi gaming untuk anda!

5Corsair K63 Wireless

Foto: Corsair

Papan kekunci tanpa wayar? Biar betul!

Corsair K63 Wireless ini memberikan pengalaman yang ultimate kepada gamers. Kebebasan yang gempak dengan mekanikal tanpa wayar ini.

Teknologi Cherry MX mekanikal yang digunakan membuatkan papan kekunci switch kepada portable!