Featured, Inovasi, Kesihatan, Life, Tech

Alternatif Perubatan? DermaClip Ada Jawapannya!

Ya! Tiada lagi jahitan pada luka, baik untuk luka kecil mahupun besar! Kerana pengamal perubatan mempunyai alternatif baharu selain menjahit luka anda!

DermaClip! Merupakan alternatif terbaru pengamal perubatan dalam mencantumkan semula kulit yang terluka itu.

Foto: DermaClipus

DermaClip, merupakan klip kertas pelekat berwarna putih yang akan mencamtumkan semula luka.

Dan membolehkan kulit bercantum semula secara semula jadi tanpa benang jahitan yang menyakitkan itu!

Malah, jika DermaClip ini digunakan secara meluas bukan sahaja para pengamal perubatan dapat menggunakannya untuk merawat pesakit.

Anda juga dapat menggunakannya untuk menutup dan mencantumkan luka sementara menunggu pegawai perubatan tiba.

Sememangnya alternatif dan inovasi terbaru di dalam bidang perubatan!