Sony telah melancarkan produk terbarunya Glass Sound Speaker LSPX-S1!

Foto: Sony Malaysia Sdn Bhd

Reka bentuknya yang simple dan sophiscated memberikan sentuhan elemen sound speaker yang lain dari speaker sedia ada di pasaran.

Glass Sound Speaker LSPX-S1 ini nampak terletak di atas meja makan mahupun di sudut ruangan membaca keluarga.

Foto: Sony Malaysia Sdn Bhd

Rekaan yang unggul ini memberikan elemen ruang tampak begitu luas dengan bunyi yang indah daripada speaker gelas ini.

Bunyi yang dihasilkan melalui gelas organik ini, menunjukan sentuhan yang simple melalui rekaan gelas silinder.

Malah ia juga memberikan suasana ala-ala “Carafe” dengan penggunaan lampu LED yang tampil dengan warna-warna hangat dan nyaman.

Foto: Sony Malaysia Sdn Bhd

Selain itu, speaker ini juga mempunyai satu lagi daya tarikan yang menarik pada bahagian start-up dan shutdownnya.

Speaker ini di hidupkan, ia akan menyalakan lampu seperti lilin dan apabila ia dimatikan, speaker ini akan menghasilkan lampu yang malap.

Foto: Sony Malaysia Sdn Bhd

Speaker telah berada di pasaran Malaysia, dan boleh di dapati di cawangan Sony di KLCC, The Curve dan outlet-outlet pilihan Sony di seluruh Malaysia!