Di alaf ke 21 ini, banyak syarikat-syarikat di dunia ini berdiri teguh dengan kebolehan masing-masing.

Sehingga syarikat itu berkembang hingga ke 3 atau 7 generasi lamanya!

Tetapi tahukah anda, ada syarikat yang lebih lama bertapak di dunia ini! Jom menyingkap syarikat legends ni!

Kongo Gumi

Kongo Gumi merupakan syarikat pembinaan yang khas membuat tokong Buddha.

Foto: Works That Work

Syarikat ini telah di bangunkan pada tahun 578 CE (Common Era)

Selama lebih 1,400 tahun lamanya ia telah bertahan dan hidup dengan pengurusan yang diuruskan oleh perniagaan keluarga ini.

Syarikat pembinaan ini telah bertahan selama 14 dekad dan menghadapi segala perubahan politik, ekonomik dan perang dunia!

Tetapi pada tahun 2006, syarikat ini tidak lagi mampu bertahan apabila ekonomi krisis berlaku di Jepun, Kongo Gumi tidak mampu menanggung ke semua hutang-hutangnya.

Syarikat yang berusia 1,429 tahun ini berada dalam keadaan ‘liquidation’ atau erti kata lain syarikat ini menunggu masa untuk ‘di tutup’.

Foto: TCG Takamatsu Construction Group

Tetapi pada tahun 2008, syarikat Kongo Gumi di serap masuk ke dalam Takamatsu Ltd dan menjadi subdiarinya.

“Meskipun syarikat Kongo Gumi bukan lagi satu syarikat yang independent setelah di ambil alih dan menjadi subdiari di bawah Takamatsu Ltd.

Ia terus beroperasi sehingga kini dan berkemahiran tinggi di dalam bidang pembinaan, maintenance dan memperbaiki kuil Buddha dengan menggunakan peralatan traditional dan teknik yang telah di turunkan dari pengasasnya”

Berikut merupakan hasil kerja syarikat pembinaan Kongo Gumi sepanjang lebih 1000 tahun ia beroperasi!

Foto: John Kasawa – Works That Work

Ini merupakan Seiganto-ji atau Tendai Buddhist temple merupakan tempat penyembahan sejak kurun ke empat lagi.

Seiganto-ji ini juga merupakan peninggalan sejarah yang mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site!

Foto: Masaki Hayashi – Works That Work

Shitenno-ji ini di bina pada tahun 593 AD (Anno Domini).

Shitenno-ji ini merupakan tokong pertama di Jepun, ia pernah musnah sebanyak tujuh kali sepanjang dekad kerana peperangan dan bencana alam.

Menariknya tokong ini di bina tanpa menggunakan paku! Oleh itu, mudah bagi tukang bina mengubahsuai dan memperbaiki bahagian yang rosak itu.

Dan begitulah penjagaan tokong ini diuruskan selama berdekad lamanya.

Foto: Wartawan – Works That Work

Istana Osaka atau di kenali sebagai The castle of Osaka yang berada di Osaka Business Park skryscrapers ini, merupakan salah satu istana yang terkenal di Jepun.

Pembinaanya yang bermula pada tahun 1583, tetapi istana ini menghadapi pelbagai cabaran. Ia pernah di musnahkan oleh api dan juga petir!

Untuk pengetahuan semua, Syarikat pembinaan Kongo Gumi ini merupakan syarikat pertama yang menggunakan gabungan di antara kayu dan concrete serta software CAD untuk mereka tokong!

Tetapi dengan Kongo Gumi construction, ia terus kekal sehingga ke hari ini.