Featured, Inovasi, Life, Luar Negara, Tech

Kipas Boleh ‘Membunuh’? Ketahui Rahsia Senjata Elegan Ini!

“INGATKAN KIPAS NI PERHIASAN SEMATA SAHAJA, RUPANYA BOLEH MENJADI SENJATA PERLINDUNGAN KETIKA BAHAYA!”

Kipas tangan merupakan satu simbol keayuan, sopan, lemah lembut dan keyakinan.

Foto: Yamato Budogu

Tetapi ia juga mampu membunuh jika di gunakan dengan betul!

Pada zaman feudal di Jepun dahulu, kipas ini merupakan item yang digunakan sebagai aksesori dan dalam masa yang sama merupakan senjata berbisa!

Kipas tangan pada zaman feudal dahulu diperbuat daripada iron yang kemudiannya di sembunyikan di dalam kayu keras yang telah di ukir mengikut bentuk kipas tersebut!

Oleh kerana itu, kipas ini di gelar sebagai Tessen yang bermaksud ‘Iron Fan’.

Foto: Ancient Pages

The Tesses atau iron fan ini bukan sahaja menarik dan elegent tetapi merupakan alat kombat yang berkesan!

Untuk pengetahuan anda masih ada lagi sekolah-sekolah mempertahankan diri mengajar subjek Tessen-jutsu atau fan subject di dalam kurikulum.

Di Jepun hanya ada empat jenis sekolah klasik yang mengajar seni mempertahankan diri dan mempunyai subjek Tessen-jutsu di dalam kurikulum mereka.

Berikut merupakan sekolah seni mempertahankan diri di Jepun. Echigo-ryu, Miyake-Shingan-ryu, Uesugi-ryu dan Yagyu-ryu.

Dan di antara empat buah sekolah ini hanya Miyake-Shingan-ryu dan Yagyu-ryu yang masih kekal dengan lineage dan form original mereka.

Foto: Ancient Origins

Tessen-jutsu ini sering di gabungkan dengan pelbagai jenis teknik dan bentuk seni mempertahankan diri seperti pedang dan seni kombat tanpa senjata.

Selain itu, golongan bangsawan juga menggunakan Tessen atau iron fan ini! Antaranya adalah Tokugawa Ieyasu iaitu shogun pertama dari susur galur Tokugawa.

Beliau menggunakan kipas iron ini sebagai alat untuk membuat serangan mengejut kepada pihak lawannya!

Foto: Ancient Origins

Kesimpulannya, berlawan menggunakan kipas ini pada asalnya merupakan alat untuk mempertahankan diri.

Teknik yang memfokuskan untuk menghalang serangan balas dari musuh dan mengelakkan berlakunya pertumpahan darah mahupun kematian.

Foto: Ancient Pages

Jadi kipas ini bukanlah alat yang boleh ‘membunuh’ tetapi ia boleh membawa ke arah itu jika situasi ‘mendesak’ bukan?

Dan orang yang mempelajari Tessen-jutsu ini juga bukan yang biasa-biasa!