Inovasi, Tech

Salji Pertama Di Malaysia? Huawei Bawakan Fenomena “Snowy Christmas” 2018

Foto: Huawei Malaysia

Huawei melancarkan acara kristmas tahunannya dengan tema “Snowy Christmas” dengan kerjasamaa Pavilion Kuala Lumpur pada 1 Disember 2018 baru-baru ini.

Pelancaran yang begitu mempersonakan dengan salji yang turun di sekitar ruang legar di Pavilion itu menarik perhatian pengujung yang hadir.

Foto: Huawei Malaysia

Fenomena menarik ini akan berlangsung setiap hari bermula dari 1 – 25 Disember 2018 pada jam 8 malam di Pavilion Kuala Lumpur.

Selain itu, bukan di Kuala Lumpur sahaja yang dapat menikmati fenomena salji ini.

Huawei Malaysia akan membawa ‘salji’ ini ke Penang di Sunway Carnival dari jam 2 petang sehingga 8 malam pada 1 Disember sehingga malam kristmas nanti.

Foto: Huawei Malaysia

Malah di Johor Bahru serta Kuching Central, Sarawak juga akan mengalami fenomena ‘salji’ di AEON MALL masing-masing yang

bermula dari 21 Disember sehingga 26 Disember pada jam 6 petang sehingga 8 malam setiap hari.

Malah bersempena sambutan kristmas ini Huawei membuat promosi dari 1 Disember 2018 sehingga 1 Januari 2019 dengan setiap pembelian esklusif Huawei Mate 20 series, pembeli

akan mendapat tripod stand profesional dan pelbagai hadiah menarik menanti sepanjang musim promosi kristmas ini.