Featured, Tech

Tumblr – Kesemua Jenis Kandungan Post Berunsur Lucah Akan Di Ban Pada 17 Disember Ini

Selepas kejadian hebahan pornografi kanak-kanak di Tumblr semakin berleluasa, ramai pihak membuat aduan mengenainya.

Foto: Risk Removal

Dan kini Tumblr tampil dengan kenyataan bahawa segala kandungan yang berunsur dewasa dan mengandungi unsur lucah akan di ban dan berkuatkuasa pada 17 Disember ini nanti.

Foto: Beta News

Tumblr melarang sama sekali segala elemen yang mengandungi unsur pornografi baik dari segi video, gambar, GIFs yang menunjukan mana-mana bahagian anggota badan manusia dengan aksi atau berunsur sex atau seumpama dengannya.

Ramai yang sedia maklum, aplikasi Tumblr telah dibuang daripada Apple IOS App Store kerana isu pornografik kanak-kanak dan isu ini memberi impak yang sangat besar di dalam komuniti kemanusiaan di seluruh dunia.

Foto: Parent Connect

Tumblr telah di tubuhkan pada tahun 2007 dan sejak ia dibangunkan, pihak Tumblr tidak mengambil berat tentang kandungan post yang berunsur dewasa atau lucah.

Tetapi kini di bawah pimpinan Verizon’s Oath Unit, Tumblr akan mengemaskini segala kandungan yang berunsur pornografi dan memperbaharui platformnya tanpa sebarang kandungan berunsur pornografi di dalamnya.