Featured, Gadget, Tech

Headphone Termahal Di Dunia? Ini Dia 6 Harga Yang Tak masuk Akal!

Ada wang, macam-macam yang hendak dibelinya tapi bagaimana pula jika harga barang itu tak masuk akal!

Tambahan pula barangan itu adalah headphone! Dan harganya mencecah puluhan ribu ringgit.

Jika hanya sekadar mendengar lagu, perlukah memakai headphone yang mahal-mahal? Adakah headphone biasa tidak dapat memberi bunyi serta rasa yang sama?

Kalau anda ada wang yang banyak, mahukah anda membeli salah satu daripada enam jenis headphone ini? Walaupun harganya tidak masuk akal!

Focal Utopia by Tournaire

Foto: Focal

Harga headphone Focal Utopia by Tournaire ini berharga US$120 ribu! Atau persamaan dengan RM498 ribu wang Malaysia.

Dari beli headphone dengan harga sebuah rumah, baik beli rumah terus ya tak? Ke memang penggemar muzik tegar memang akan beli juga headphone ni walaupun harganya tak masuk akal?

Onkyo H900M

Foto: Onkyo Headphones

Onkyo H900M ini dibaluti dengan berlian 20 karat! Agak-agak berapa harga headphone yang ini pula ya bila dah saluti dengan berlian serta lapisan aluminium dan rubi merah di dalamnya!

Harganya berjumlah 80 ribu Euro! Persamaan dengan RM376 ribu wang Malaysia. Sememangnya harga terbaik dari kilang!

Sennheiser Orpheus/HE 1

Foto: Joshua’s Digital

Sennheiser Orpheus/HE1 mempunyai kualiti speaker yang bagus. Headphone ini juga dilapisi dengan aluminium yang kemudianya dibalut dengan kulit dan kain microfiber.

Harga headphone ini juga membuat anda tercekik! 54 ribu Pound sterling! Persamaan dengan RM285 ribu ringgit, bukan biasa-biasa ni.

V-Moda Crossfade M-100

Foto: V-Moda

V-Moda Crossfade M-100 tampil dengan rekaan 3D di bahagian speaker luar.

Malah material untuk menghasilkan headphone ini juga bukan biasa-biasa! Antaranya adalah aluminium, perak dan emas. Dan sudah tentu harganya bukan biasa-biasa, US$40 ribu atau RM166 ribu wang Malaysia!

Audeze LCD-4

Foto: Audeze

Audeze LCD-4 mempunyai elemen dan reka bentuk yang tersendiri, malah harganya juga tidak kurang hebatnya juga iaitu 3599 Pound sterling! Persamaan dengan RM18,994 ribu wang Malaysia!

Final Audio Design Sonorous X

Foto: Final

Final Audio Design Sonorous X diperbuat daripada aluminium dan stainless steel malah headphone ini dijual sekali di dalam bekas kotak kayu yang membuatkan ia ‘special’

Dan harganya juga tidak kurang hebat dengan 3499 Pound sterling! Atau persamaan dengan RM18,466 ribu wang Malaysia!

Jadi bagaimana, anda rasa berbaloi tak nak beli headphone dengan harga tak masuk akal ni?

Apa-apa pun masing-masing ada cita rasa masing-masing!