Featured, Tech

Facebook Ada Group Stories?

Seperti sedia maklum, aplikasi Facebook menambah sistem stories di dalam aplikasinya. Tetapi ia hanya untuk persendirian atau individu sahaja.

Apa yang lainnya adalah, Facebook menambah sistem ‘group stories’ atau dengan nama lain Facebook Group Stories di dalam aplikasinya secara global.

Julung-julung kalinya stories berkumpulan diadakan di dalam platform sebegini.

Foto: Facebook

Dengan penambahan stories secara berkumpulan ini, pengguna akan dapat merasai dan mengetahui tempat-tempat yang dikongsi bersama pengguna stories yang lain.

Aplikasi group stories yang santai ini, merupakan satu platform untuk pengguna berhibur dan berkongsi pengalaman bersama ahli kumpulan yang lain.

Foto: Facebook

Malah, ia juga dapat mengeratkan jalinan hubungan serta membuka satu jaringan sosial yang baru dengan menggunakan group stories di dalam aplikasi Facebook!

Foto: Facebook

Berkongsi pengalaman disamping mengeratkan jalinan hubungan diantara satu sama yang lain. Sememangnya satu platform yang baharu dengan konsep yang santai!

Foto: Facebook

Jom kita ber-group-stories!