Gaming, Gadget, Inovasi, Tech

PUBG Bakal ‘Memasuki’ PlayStation4 Januari 2019 Ini

Foto: PUBG Corporation

PUBG Corporation mengeluarkan kenyataan media bahawa syarikatnya akan mengeluarkan PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS (PUBG) untuk PlayStation4.

PUBG akan menjadi fokus utama bagi kategori computer entertainment system untuk PS4.

Dan sudah tentunya game daripada PUBG ini akan mempunyai platform tambahan baharu untuk pemain PS4.

Antaranya adalah peta baru di dalam PUBG iaitu ‘Vikendi’. Bukan itu sahaja, pelbagai penambahbaikan telah dilakukan khas untuk pemain PS4 menjelang tahun hadapan.

Game ini boleh di dapati di pasaran pada bulan Januari tahun depan di outlet-outlet PlayStation yang berdekatan dan harga game ini akan dijual bermula daripada RM111.00.