Tech, Featured

Google, Facebook, Twitter – Definisi ‘Bias’ Berbeza Dan Rumit

Google mengalami pergolakan apabila House Judiciary Committe memanggil CEO Google Sundar Pichai bagi memberi keterangan tentang isu ‘bias’.

Foto: The Verge – Google Ceo Sundar Pichai

Setelah berbulan-bulan Google di ‘tekan’ oleh pihak kongres Amerika Syarikat tentang radikal perkauman di laman YouTube, Penipuan kerjasama bersama syarikat China,

dan pelbagai agenda lain yang di lihat ‘bias’ atau berat sebelah oleh pihak kongres.

Foto: New York Magazine

Tetapi bukan Google sahaja yang di ‘goreng’ bulat-bulat oleh pihak kongres tentang isu seperti ini.

CEO daripada Facebook dan Twitter juga di soal oleh pihak kongres tentang ‘bias’ di dalam teknologi yang mereka berikan kepada pengguna.

Foto: The Australian – Facebook Ceo Mark Zuckerberg

Pokok pangkalnya mana-mana platform yang memberi ‘kuasa’ dan ‘berpengaruh’ ini merupakan medan ‘perang’ bagi segelintir individu mahupun sebuah organisasi bagi menjatuhkan entiti lain untuk kepentingan sendiri.

Foto: Cnet – Twitter Ceo Jack Dorsey

Tetapi, platform-platform gergasi seperti ini seharusnya lebih peka tentang kerahsiaan data peribadi mahupun pengumpulan data dan tidak berlaku sebarang percerobohan maklumat.

Isu ini sememangnya tidak boleh di pandang remeh kerana ia mampu meruntuhkan institusi keharmonian negara, bangsa dan agama.