Tech, Featured

Pencerobohan Maklumat Data Hotel Marriot Plot Agen China?

Foto: Euro News

Menurut laporan The New York Times, pencerobohan maklumat data milik Hotel Marriot mungkin plot daripada agen perisikan dari China.

Data peribadi hotel Marriot telah di ceroboh dan lebih dari 500 Juta maklumat peribadi pelanggan di godam.

Foto: Threat Post

Di maklumkan hotel Marriot kehilangan maklumat pelanggannya sebanyak 327 Juta sejak sebulan yang lalu.

Antara maklumat tersebut adalah, nama milik pelanggan, alamat rumah, alamat email, nombor telefon, nombor passport, tarikh lahir, jantina dan maklumat akaun milik pelanggan hotel tersebut.

Foto: Lawyer Monthly

Manakala baki 170 Juta data yang lain di ceroboh dan menggodam maklumat seperti nama, alamat rumah, dan email milik pelanggan Marriot.

Namun bagaimanapun, kementerian luar negeri China menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Malah China juga akan memberi kerjasama dalam mencari bukti serta menyiasat perkara ini mengikut undang-undang.