Featured, Tech

Duit Di Dalam Kad Touch ‘N Go Tak Mencukupi? eWallet Ada Penyelesaiannya

Wang di dalam kad Touch ‘N Go anda tidak mencukupi? Tapi dah masuk laluan tol ni, leceh la pula nak keluar duit nak bayar dekat kaunter, nak tukar lane ke ni, dan macam-macam keluhan apabila di atas jalan raya ni, betul tak?

Foto: Paultan.com

Tetapi kini anda tidak perlu berkeluh kesah lagi apabila di jalan raya.

Jika anda lalu di tol Lebuhraya DUKE, dan kebetulan kad Touch ‘N Go anda tidak mempunyai baki yang mencukupi untuk membayar tol tersebut.

Foto: Touch ‘N Go

Jangan khuatir, dengan ‘TNG Card Feature’ terbaru ini anda tidak perlu risau untuk mengeluarkan duit untuk top up kad anda atau pun terpaksa menukar lane barisan untuk membayar secara tunai.

Kerana di dalam Touch ‘N Go eWallet, aplikasi dari TNG ini akan menolak jumlah yang perlu di bayar dari eWallet, jika duit di dalam kad Touch ‘N Go anda tidak mencukupi.

Foto: Paultan.com

Meskipun, sistem ini boleh di gunakan hanya untuk tol Lebuhraya DUKE, pada tahun 2019 ini, syarikat TNG Digital Sdn Bhd akan memperluaskan jaringan penggunaan sistem dari Touch ‘N Go ke tol-tol yang lain.

Sama-sama kita tunggu berita baik dari TNG!