Gaming, Tech

Anda Gamers? – Ini 5 Game Wajib Beli 2019

Lagi dua minggu, bakal menjelang tahun baharu. Sepastinya, menjelang tahun baharu ada saja yang pasang cita-cita mahupun matlamat baru untuk di capai.

Bagi admin pula, admin nak capai matlamat mahu mencuba 5 game terbaru pada 2019 ini nanti.

Game-game ini pastinya di tunggu-tunggu oleh gamers di luar sana tau! Jom kita lihat bila tarikh keluar game ini di pasaran pada tahun hadapan.

Sekiro Shadows Die Twice

Foto: Sekiro Shadows Die Twice

Game ini akan berada di pasaran pada 22 Mac 2019. Game ini merupakan siri terkini bagi kompilasi siri Dark Souls. Jadi jangan lupa bookmarks tarikh di atas ya!

Resident Evil 2 Remake

Foto: Game Rant

Game hasil ciptaan daripada Capcom ini merupakan remake dari game klasik yang keluar pada tahun 1998.

Game berunsur horror ini akan membawa pemain menyingkap siri nostalgia lama ini pada 25 Januari 2019 ini nanti.

Dan sudah tentunya watak utama untuk game remake ini tidak lain ialah Leon S Kennedy dan Claire Redfield.

Metro Exodus

Foto: Metro The Game

Game Metro Exodus berkisarkan tentang perang nuklear pada tahun 2036, plot cerita yang berpusat sekitar terowong Metro di kawasan runtuhan kota Moskow ini amat menarik dan berbaloi untuk di beli pada tahun depan.

Game ini akan mula berada di pasaran pada 15 Februari 2019 nanti.

Devil May Cry 5

Foto: Devil May Cry 5

Game yang cukup terkenal dengan kompilasi sirinya, dan kini ia tampil dengan siri yang ke 5 khas untuk pencinta Devil May Cry!

Game ini akan mula berada di pasaran pada 8 Mac 2019 ini.

Total War Three Kingdoms

Foto: Total War

Game peperangan dengan konsep jalan cerita pada era tiga kerajaan agung semasa di zaman China.

Game ini akan berada di pasaran pada 7 Mac 2019 ini nanti.