Tech

Apacer Lancar Hard Disk Gen 1 Tahap Tentera?

Apacer merupakan satu jenama tidak asing lagi di dalam industri teknologi. Produk-produk yang dihasilkan oleh Apacer mempunyai  kualiti yang tinggi serta tahan lama.

Apacer AC731 USB 3.1 Gen 1 merupakan hard disk grade military atau grade tentera. Hard disk ini telah mendapat pengikhtirafan daripada 2019 Taiwan Excellence Award di antara beribu-ribu produk.

Foto: Apacer AC731 USB 3.1 GEN 1

Selai itu, AC731 ini telah lulus U.S MIL-STD-810G Method 516.6 Procedure IV (merupakan makmal ujikaji ketententeraan di United States), ujikaji ini telah dijalankan dengan menjatuhkan hard disk sedalam 1.2 meter.

Foto: Apacer AC731 USB 3.1 Gen 1

Malah hard disk ini juga mempunyai tahap IP68 ynag tinggi dengan kalis air, kalis debu, serta stuktur dalaman yang dilengkapi dengan fungsi anti-vibration.

Reka bentuk Apacer AC731 USB 3.1 Gen 1 ini sangat elegant, warna hitam yang membaluti hard disk tampak klasik dan sophisticated. Sesuai untuk golongan aristokrat.

Foto: Apacer AC731 USB 3.1 Gen 1

Sememangya hard disk dengan kelas yang tersendiri serta mengikut trend terkini dan hi-spec.