Tech

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

Jika di lihat pelbagai jenis telefon bimbit yang ada di pasaran sekarang, kelajuan teknologi telefon bimbit berevolusi bergerak dengan pantas. Tetapi tanpa ujikaji penghasilan telefon dari yang lama, penghasilan telefon bimbit tidak akan berevolusi.

Merentasi masa, ini merupakan 7 telefon bimbit terawal dan tertua yang pernah di bina.

Bell Telephone

Foto: Getty Images

Telefon pertama yang di bina oleh Alexander Graham Bell pada tahun 1876. Penghasilan telefon ini merupakan kunci kepada evolusi telefon di dunia.

Candlestick Telephone

Foto: i Collector

Candlestick Telephone merupakan telefon ke dua yang di bina ini mempunyai reka bentuk seperti lilin atau candlestick. Meskipun ianya ringkas tetapi beberapa syarikat besar seperti Western Electric, Stromberg Carlson, Automatic Electric Co dan Kellogg Switchboard & Supply Company telah membantu meningkatkan pengeluaran telefon ini pada ketika itu.

Rotary Dial Candlestick

Foto: Love Antiques

Telefon ketiga yang terawal iaitu Rotary Dial Candlestick. Seperti nama telefon ini, ciptaan telefon ini telah berevolusi dengan fungsi dial. Telefon ini di cipta pada tahun 1905 oleh syarikat Automatic Electric yang di bangunkan oleh Almon Strowger.

Desk Top Cradle Telephone Model 102/202

Foto: Pic Click

Telefon ke empat ini ini di bina pada tahun 1927, telefon yang di keluarkan oleh Western Electric.

The Bakelite Phone Ericsson DBH 1001

Foto: Ericsson

Telefon ini di cipta pada tahun 1931, menariknya penghasilan telefon ini di buat dengan kerjasama Elektric Bureau dan LM Ericsson serta Televerket. Reka bentuk telefon Bakelite telah di inovasi daripada telefon Desk Top Cradle.

Western Electric Model 302

Foto: Vintage Rotary Dial Phone

Telefon yang di beri nama Western Electrin Model 302 ini telah di cipta pada tahun 1937 dengan sistem Bell yang di reka melalui industri firma rekaan iaitu Henry Dreyfuss. Selain itu telefon ini juga di kenali sebagai ‘Lucy Phone’ kerana telefon ini sering muncul di dalam movie dan rancangan television pada ketika itu.

Western Electric Model 500

Foto: Flickr

Telefon ini di keluarkan oleh syarikat yang sama iaitu Western Electric yang juga di reka melalui firma rekaan Henry Dreyfuss. Telefon ini merupakan siri 500 yang di cipta pada tahun 1950.