Tech

8 Game Terbaik Untuk iPhone, iPad Dan Telefon Android Baru

Tahun baru bakal menjelang dan pastinya ada sesetengah peminat gajet tidak  sabar menanti keluaran telefon bimbit terbaru.

Tapi dengan hanya memiliki koleksi telefon baharu sahaja tidak mencukupi bukan? Bagi yang kaki game, sudah tentunya game-game yang menarik akan menjadi pilihan untuk di muat turun di dalam telefon baharu nanti.

Ini dia 8 game terbaik yang boleh anda memuat turun di dalam telefon baru.

Reigns: Game Of Thrones

Foto: Daily Star

Permainan daripada ‘The Reigns series’ ini mampu memukau sesiapa sahaja yang bermain game tersebut. Permainan yang penuh dengan konspirasi dan kesukaran membuat pilihan membuatkan ia di antara permainan yang terbaik untuk di muat turun di dalam telefon anda.

Alto’s Odyssey

Foto: Google Play

Permainan daripada siri Alto’s Adventure ini memberi konsep yang berlainan dan menakjubkan dengan panorama serta lanskap di dalam permainan ini. Di tambah pula dengan beberapa features yang baru membuatkan game ini harus di muat turun di dalam telefon baru anda.

Brawl Stars

Foto: Android Central

Game ini mempunyai konsep yang ceria dengan warna yang terang dan konsep kartoon yang riang. Tetapi di sebalik itu semua, permainan ini membuatkan anda tidak duduk diam dengan pelbagai karakter serta skill bagi permainan shooters ini.

Fortnite

Foto: Android Central

Game yang sedang hangat diperkatakan, Fortnite. Permainan yang popular ini sangat sesuai untuk di muat turun. Meskipun permainan ini agak sukar bermain tanpa menggunakan key board dan tetikus untuk membuat tembakan yang tepat, tetapi setelah anda berlatih pasti ke semua cabaran boleh di laksanakan di dalam telefon bimbit anda dengan mudah.

Gone Home

Foto: Horux

Gone Home merupakan permainan yang berkonsepkan penceritaan berbentuk narrative dan first-person shooter. Permainan yang mengisahkan tentang misteri dan suspen di dalam sebuah rumah.

Florence

Foto: App Unwrapper

Permainan yang romantik dan membuatkan anda rasa muda dan penuh dengan emosi dalam masa dua jam anda bermain game ini!

Civilization VI

Foto: Civilization

Pastinya permainan daripada Civilization ini amat di minati ramai. Malah yang sudah bermain game ini pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk bermain main game ini di telefon baharu bukan? Muat turun permainan Civilization VI dan alami cabaran yang bakal menanti anda.

Pocket Run Pool

Foto: Pocket Tactics

Siapa yang tidak pernah bermain permainan chess dan solitaire di komputer mahupun di telefon bimbit bukan? Permainan ini telah direka oleh Zach Gage dan permainan Pocket Run Pool. Permainan yang pastinya menguji kecekapan dan kemahiran anda.