Tech

Review Realme C1: Rekaan Menarik Dengan Harga Mampu Milik

Sempena tahun baru ini, admin nak buat phone review sedikit tentang telefon bimbit pintar. Rasanya belum terlambat admin nak share sedikit pengalaman menggunakan telefon bimbit pintar ini kepada peminat gajet betul tak?

Telefon bimbit bertuah yang admin akan review bersempena tahun baru ini adalah telefon Realme C1. 

Foto: Realme C1 (di ambil menggunakan kamera telefon bimbit Realme C1)

Rekaan telefon bimbit Realme C1 ini memberi satu elemen ringkas dan mudah untuk di gunakan.

Spesifikasi perisian telefon ini cukup unik dengan skrin yang berukuran 6.2 inci yang selesa untuk di pegang di tangan. Selain itu, bateri telefon Realme C1 juga di upgrade kepada 4100Ah (Amp Hour) atau 15.78Wh (Watt Hour). Anda tidak perlu risau bateri anda akan habis ketika menggunakan telefon bimbit ini, kerana kapasiti bateri telefon ini cukup banyak!

Apabila menyentuh penggunaan telefon baru, kamera adalah spesifikasi utama yang sering di lihat dahulu betul tak?

Foto: Hangat Teknologi

Berdasarkan gambar yang jelas dan real ini, di ambil menggunakan kamera telefon bimbit Realme C1 sendiri. Lihat betapa jelasnya gambar di ambil menggunakan kamera belakang dengan lensa kamera 13 Megapixel + 2 Megapixel. Manakala kamera hadapan pula 5 Megapixel.

Foto: Hangat Teknologi

Penggunaan telefon bimbit Realme C1 ini sememangnya mudah dan ringkas, untuk menghidupkan telefon bimbit ini anda perlu menekan kunci kuasa yang terletak di belah kanan (rujuk gambar di bawah).

Foto: Hangat Teknologi (Kekunci sebelah kanan untuk menghidupkan telefon)

Manakala kekunci di sebelah kiri pula merupakan kekunci volume (rujuk gambar di bawah).

Foto: Hangat Teknologi (Kekunci volume pada sebelah kiri telefon)

Tambahan lagi, harga telefon bimbit Realme C1 ini juga sangat murah di pasaran iaitu RM449 sahaja.

Sudahlah harganya murah, spesifikasi perisian telefon bimbitnya pula gempak. Sememangnya berbaloi. Jadi bagi anda yang tercari-cari telefon bimbit baru, anda boleh masukkan telefon Realme C1 di dalam senarai pencarian telefon bimbit anda nanti!