Tech

5 Ramalan Tentang Industri Media 2019?

Tahun lepas merupakan tahun penyatuan syarikat-syarikat gergasi seperti AT&T dan Time Warner, Disney dan Fox, serta Comcast dan Sky. Syarikat-syarikat terbesar dunia ini merupakan salah satu peneraju di dalam industri media. Penggabungan di antara syarikat-syarikat ini membuatkan dunia terpinga-pinga tentang ke manakah arah tuju industri media selepas ini.

Foto: Azer News

Mari kita lihat apakah ramalan tentang industri media bagi tahu baru ini. Adakah angin baru yang bakal membuka hala tuju baru atau sebaliknya.

Perebutan Tahta ‘Subscription Video premium’

Foto: Reddit

Perebutan tahta ‘subscription video premium’ di antara Apple, Disney dan Netflix mungkin membawa angin baru kepada industri. Ini kerana pengguna mungkin akan terjebak dengan kaedah atau strategi yang ‘menarik’ beserta dengan perbandingan ‘harga kasih sayang’ di antara subscription video premium jenama-jenama terkenal dunia, yang merupakan kunci perebutan tahta subscription video premium ini.

M&A Sebagai Peneraju Industri Media

Foto: Techno Hanger

M&A atau dengan erti kata lain ‘Mergers and Acquisitions’ akan sentiasa merupakan peneraju industri media. Transisi ini berlaku apabila syarikat-syarikat yang tidak cukup kuat untuk bertahan akan di ‘telan’ oleh syarikat-syarikat gergasi lainnya. Seperti Disney ‘menelan’ aset Fox entertainment pada tahun lepas dengan harga US$71.3 billion atau persamaan RM294.79 billion.

Oleh itu, M&A merupakan kunci haluan media dunia dan kesan dari penggabungan pastinya akan memberi impak yang besar di dalam industri media dunia, baik dari segi positif mahupun sebaliknya.

Mendominasi Dunia Menggunakan Media Hiburan

Foto: Water Loo

Kini banyak syarikat-syarikat media bergerak maju kehadapan dengan cuba menguasai dunia melalui media hiburan. Tambahan lagi, penggunaan artificial intellegence (AI), suara serta mesin yang semakin lama semakin canggih mampu mempengaruhi kehidupan manusia.

Platform 5G Membuka Pintu Media Infiniti

Foto: Froodl Technology

Dikhabarkan dengan penggunaan 5G ini bakal membuatkan haluan media akan bergerak lebih pantas dan lebih maju kehadapan. Segala kemungkinan bakal di realisasikan melalui transformasi industri media dan memberi impak terhadap media hiburan dunia.

Strategi Multi-Platform Media 2.0

Foto: Strata Blue

Apa itu strategi multi-platform media 2.0 ini sebenarnya? Secara ringkasnya ia boleh di kata potensi perubahan strategi penggunaan platform media itu sendiri. Atau dengan erti kata lainnya, memperluaskan pelbagai jaringan melalui pengalaman ‘offline dan online’ untuk memberikan sisi strategi yang berlainan di samping menilai penggunaan wang di dalam setiap platform media.

Namun ini semua hanya ramalan semata, betul atau tidak anda nilai sendiri melalui sejarah industri media terdahulu sehingga kini. Corak perjalanan yang bagaimanakah yang memberi impak kepada manusia sejagat pada tahun ini nanti?

Foto: News Media Alliance

Dan dari aspek apakah pula media ingin mengetengahkan kepada masyarakat kini dan akan datang? Apa-apa pun suara daripada anda semua mempunyai kuasa yang sangat kuat untuk mengubah ‘angin’ media dari negatif kepada positif.

Foto: SF Ehrlich Associates Inc

Dan untuk mencapai perjalanan dunia baharu dengan arus media baru, masyarakat juga harus mempunyai ilmu agar tidak mudah terpedaya dengan agenda-agenda media ‘luar’ yang cuba merosakan minda kita dengan input yang berfaedah.