Tech

OPPO Find X 5G Prototype

Pada 8 Disember tahun lalu, Oppo buat pertama kalinya mendedahkan telefon bimbit prototype 5G di Guangzhou, China semasa 2018 China Mobile Global Partners Conference.

Persidangan ini bermula dari 6 sehingga 8 Disember tahun lalu. Oppo mengeluarkan telefon prototype nya iaitu Oppo Find X 5G dengan konsep ekosistem.

Foto: Oppo

Apa yang lebih menariknya, Oppo Find X telah berjaya memasuki pasaran barat Eropah dan ia merupakan satu permulaan bagi meluaskan jaringan pasaran Oppo ke negara-negara di bahagian eropah.

Dengan Oppo Find X 5G prototype ini, telefon bimbit ini di lengkapi perisian snapdragon 855 dan modem X50 5G yang memberi pengalaman penggunaan 5G yang luar biasa.

Foto: Oppo (Panggilan multi-caller video call menggunakan telefon bimbit Oppo Find X 5G Prototype)

Semasa persidangan ini berlangsung, Oppo memperlihatkan kepada pengunjung persembahan data 5G melalui panggilan video, online video replay, dan pencarian internet dengan menggunakan telefon bimbit prototype ini.

Foto: Oppo (Online video replay)

Oppo akan mengkomersialkan penggunaan telefon bimbit 5G dengan konsep ekosistemnya di pasaran dunia tidak lama lagi.