Tech

Robot Selesaikan Rubik Cube Dalam Masa 10 Saat!

Dunia teknologi semakin berkembang dengan pantas. Semalam 2 Januari 2019 melalui laman sosial Twitter milik China Xinhua News, menunjukan video ringkas sebuah robot yang melakar sejarah apabila berjaya menyelesaikan rubik cube dalam masa 10 saat sahaja!

Dan rata-rata ramai yang teruja dengan kebolehan robot tersebut. Malah, menyatakan pendapat mereka tentang ciptaan robot ini serta kebarangkalian sains dan teknologi akan semakin berkembang dari masa ke semasa.

Foto: China Xinhua News

Masyarakat memandang ciptaan robot mengembangkan ilmu sains dan teknologi di tahap yang baru.

Foto: China Xinhua News

Dan hasil ciptaan robot dapat di lihat dari masa ke semasa. Dari pengacara berita artificial intellegence (AI), melukis portrait, memasak, menyelesaikan cube rubik dan pelbagai jenis robot yang telah di cipta oleh manusia.

Foto: Time Magazine (Gambar menunjukan robot dengan kebolehan memasak)
Foto: CNBC (Gambar menunjukan pembaca berita artificial intellegence (AI) yang pertama di dunia)

Justeru itu tidak nafikan, penggunaan robot semakin meluas dan pelbagai prospek atau bidang kerja memerlukan bantuan robot dalam melicinkan tugas manusia mengikut perkembangan serta peredaran gelombang sains dan teknologi yang kian pesat membangun.