Tech

SONY – PS4 Pro God Of War Bundle Dan Pro 2TB Di Pasaran Januari Ini

SONY kembali lagi dengan keluaran PlayStation terbaru iaitu PlayStation4 Pro God of War Bundle dan PlayStation4 Pro 2TB. Kedua-dua produk PS4 Pro ini akan berada di pasaran Malaysia pada 11 Januari ini nanti.

Bagi PlayStation4 Pro God of War Bundle akan di jual pada harga RM1,799. Dan di antara yang terdapat di dalam bundle tersebut adalah, PS4 Pro console Jet Black 1TB, Dualshock4 wireless controller dan Blu-ray disk versi winning award PS4 God of War.

Foto: SONY PlayStation4 Pro God of War Bundle

Manakala bagi PlayStation4 Pro Jet Black 2TB pula akan di jual pada harga RM1,949. Dan di dalam set ini, di lengkapi dengan Dualshock4 wireless controller, mono headset, HDMI cable, USB cable, AC power, dan buku panduan.

Foto: SONY PlayStation4

Kedua-dua PlayStation4 Pro ini boleh di dapati di outlet pilihan SONY. Nikmati alam permainan digital yang gempak dengan elemen-elemen baharu di dalam PlayStations4 Pro ini.