Tech

5 Teknologi Ini Akan Membinakan Manusia?

Teknologi di cipta untuk memberi manfaat yang berguna kepada manusia, tetapi jika teknologi tersebut di salah guna ia akan memberi kesan yang amat buruk malah lebih teruk lagi, ia mungkin akan membahayakan seluruh isi alam!

Tidak dapat di bayangkan jika seluruh isi alam menjadi medan perang kerana penyalahgunaan teknologi.

Foto: Ruby Documentaries

Mari kita lihat lima jenis teknologi yang akan membinasakan manusia jika ia di salah guna!

Robot Replika Diri

Di era dunia teknologi kian berkembang, penghasilan robot juga semakin meluas dari pelbagai aspek dan bidang. Dan salah satu daripada penghasilan pembuatan robot adalah robot replika diri sendiri.

Foto: Futurism

Siapa yang tidak mahu mempunyai robot replika diri sendiri untuk kesenangan diri bukan? Tetapi adakah robot replika ini bagus untuk diri sendiri? Bagaimana jika suatu masa kelak, robot tersebut mempunyai ‘pemikirannya’ yang tersendiri dan cuba ‘membahayakan’ anda untuk menjadi ‘manusia’ sebenar!

Kedengaran seperti tidak logik, tetapi ianya tidak mustahil di tambah pula dengan sistem atau arahan yang di masukan boleh di manipulasi dan sekaligus membuatkan robot replika ini menjadi agresif dan berbahaya.

Senjata Berukuran Nano

Foto: Nano Apps Medical

Penghasilan senjata bagi tujuan kawalan keselamatan mahupun kegunaan peperangan bukan sesuatu yang baru. Dari penciptaan senjata sebesar-besarnya kepada penghasilan senjata sekecil-kecilnya!

Senjata yang berukuran saiz nano pastinya lebih berbahaya, teknologi seperti ini dapat membunuh targetnya dalam jumlah yang banyak dan ‘senyap’.

Drone Perang

Foto: Drone Wars UK

Drone perang bukanlah satu khayalan, tetapi adalah satu realiti. Drone perang untuk tujuan peperangan dengan kapasiti muatan yang besar serta mempunyai sistem perintah yang mampu bertindak untuk menyerang musuh.

Penjara Virtual

Kewujudan ‘virtual reality’ atau VR memberi personafikasi tentang alam maya serta segala inifiniti yang mampu di wujudkan dengan teknologi VR ini. Salah satunya adalah penjara virtual.

Foto: The Psychologist – British Psychological Society

Dengan memenjarakan minda seseorang dengan penjara virtual yang dapat memberikan waktu hukuman seperti satu hari terasa seperti seratus tahun bagi si penjahat.

Jika penjara virtual ini di gunakan bagi menghukum pesalah jenayah, ia boleh di pertimbangkan lagi. Tetapi jika ia di gunakan dengan tujuan lain atau cuba membahayakan manusia lain. Sudah tentunya penciptaan penjara virtual sebegini akan memberi kesan buruk kepada semua.

Senjata Biologi

Foto: DSA Detection

Penghasilan bahan kimia seperti biologi, merupakan perkara tidak asing lagi sejak perang dunia lalu. Tetapi penghasilan senjata berunsur bahan kimia ini seharusnya tidak boleh di pandang remeh kerana penyalahgunaan senjata berbahaya sebegini mampu meragut berjuta-juta nyawa yang tidak berdosa dalam sekelip mata sahaja.