Tech

Honor 10 Lite Serendah RM699 Kini Berada Di Malaysia

Honor 10 Lite akhirnya membuka tirainya di Malaysia. Telefon bimbit pintar ini telah memasuki pasaran dan sekaligus membuatkan peminat Honor di Malaysia menantikan kemunculan telefon bimbit ini dengan sabar!

Honor 10 Lite mempunyai dua jenis pilihan RAM yang sama tetapi berlainan kapasiti simpanan dalaman. Bagi jenis yang pertama, ia mempunyai 3GB RAM dengan kapasiti simpanan sebanyak 32GB.

Foto: Billionaire365

Manakala bagi jenis yang kedua, juga 3GB RAM dengan kapasiti simpanan sebanyak 64GB. Selain itu, telefon bimbit Honor 10 Lite ini di datangi dengan warna Sky Blue dan Midnight Black.

Foto: Kimovil

Bagi telefon bimbit model 32GB akan berada di Malaysia esok, manakala bagi telefon bimbit model 64GB akan di maklumkan kemudian serta model ini juga akan keluar dengan warna Shiny Red dan juga Sapphire Blue.

Foto: Honor

Honor 10 Lite 32GB akan berada di pasaran dengan harga RM749 tetapi anda boleh dapati telefon bimbit ini dengan harga istimewa di Lazada sebanyak RM699 sahaja.

Selain itu, bagi pembeli terawal penghantaran akan dibuat pada hari yang sama yang terletak di Klang Valley.