Tech

Digi Transformasi Pembayaran Secara Digital 2019

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) melangkah ke arah digital sambil bergerak seiring dengan pertumbuhan teknologi dan ini membawa satu prospek yang baharu di dalam market digital.

Digi bersama dua rakan kongsi iaitu ManagePay System Berhad (MPay) dan Mastercard berkolaborasi dalam mengharungi perubahan dunia teknologi dan sekaligus melakukan transformasi ke arah dunia digital.

Foto: Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)

Melalui kerjasama ini, proses pembayaran secara digital ini akan membolehkan rakyat Malaysia membuat pembayaran secara secara online dan juga melalui aplikasi yang menerima Mastercard di seluruh dunia.

Foto: ManagePay

Pembayaran secara digital ini dapat di gunakan pada pertengahan tahun ini nanti. Dan secara tak langsung membolehkan warga Malaysia melakukan pembayaran walau di mana mereka berada di seluruh dunia ini.