Tech

Ikuti 5 Cara Mudah Mengatasi Telefon Bimbit Mati

Telefon mati secara tiba-tiba semasa sedang melayari internet atau berbual bersama rakan pasti membuatkan anda tertekan bukan? Tambahan lagi, bila anda cuba hidupkan semula telefon anda, ia tidak bernyala.

Jadi apakah cara bagi mengatasi masalah sebegini? menurut sumber yang di tulis oleh Liputan6 yang di ambil daripada Make Use Of, ada beberapa cara bagi mengatasi masalah ini.

Caranya mudah, ikuti 5 tips yang di kongsi di bawah untuk mengatasi masalah telefon mati ini!

Cek Charger Telefon Bimbit

Foto: Tech Crunch

Kadang kala, masalah telefon mati berkaitan dengan charger telefon bimbit kita sendiri. Ini kerana charger anda mungkin berdebu atau ada kotoran pada port charger anda.

Dan cek charger anda dengan teliti terutama bahagian kabel telefon bimbit, jika anda mendapati kabel telefon bimbit anda bermasalah, anda perlu menggantikan dengan segera.

Lakukan Power Cyle Pada Telefon Bimbit

Foto: iPhone Hacks

Jika telefon bimbit anda mati dan memang tidak dapat di hidupkan lagi, apa yang anda perlu lakukan adalah keluarkan bateri telefon anda (jika bateri itu removable).

Kemudian setelah beberapa saat cuba masukan bateri tersebut ke dalam telefon bimbit anda dan cuba menghidupkan telefon itu sekali lagi.

Manakala bagi bateri telefon yang jenis non-removable jangan risau, apa yang perlu anda lakukan adalah tekan suis power telefon selama beberapa saat atau dalam anggaran 10 hingga 30 saat dan tahan suis tersebut sebelum anda lepaskan dan cuba hidupkan telefon bimbit anda semula.

Semak Tahap Bateri Telefon Bimbit

Foto: iMore

Jika anda telah cuba membuat power cyle, tetapi telefon bimbit anda tidak juga hidup. Anda perlu semak tahap bateri telefon anda, adakah bateri anda sudah kembung? Atau mempunyai kesan terbakar pada badan bateri? Atau apabila anda mengcas bateri menggunakan plug bateri, ia tidak berfungsi?

Itu bermakna, bateri telefon bimbit anda sudah tidak dapat di guna pakai lagi. Anda harus menggantikan bateri lama kepada bateri baru dengan kadar segera, ini untuk mengelakkan bateri meletup jika anda masih memakai bateri yang telah rosak itu.

Cek Skrin Telefon Bimbit

Foto: weFix

Ada kemungkinan lain mengapa telefon anda mati, salah satunya skrin telefon anda bermasalah. Untuk melihat sama ada skrin pada telefon bimbit yang bermasalah atau tidak.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, menekan dan menahan suis power telefon bimbit selama 30 saat dan lihat reaksi pada skrin telefon bimbit anda, sama ada bernyala atau tidak.

Jika skrin telefon bimbit anda tidak bernyala, anda perlu menggantikannya.

Reset Telefon Bimbit

Foto: Android Gadget Hacks

Jika telefon anda kerap mati sendiri secara tiba-tiba, ini mungkin telefon bimbit anda mempunyai masalah pada ROM dalaman. Oleh itu, anda perlu mereset telefon android anda.

Tetapi sebelum anda mereset telefon bimbit tersebut, pastikan anda telah membuat backup untuk menyimpan data-data yang penting.