Tech

Razer Phone 2 Di Jual Pada Harga RM3449 Secara Rasmi Di Malaysia

Seperti yang telah di maklumkan di dalam artikel sebelum ini https://www.hangat.com/teknologi/2019/3314/razer-phone-2-bakal-keluar-di-pasaran-malaysia/ Hari ini, merupakan pelancaran telefon bimbit gaming terkenal dunia iaitu Razer Phone 2 oleh Razer. Telefon bimbit ini di perkasa dengan Qualcomm Snapdragon 845 dengan skrin telefon yang berukuran 5.72 inci yang memaparkan 1440p IGZO 120Hz.

Foto: Razer

Tambahan lagi telefon Razer Phone 2 ini mempunyai kapasiti 8GB RAM dan kapasiti simpanan dalaman sebanyak 64GB UFS.

Foto: Razer

Selain itu, satu lagi signature feature telefon bimbit ini adalah dual-front-firing speaker yang mempunyai sokongan daripada perisian Dolby Atmos dan di tambah lagi dengan dual amplifiers, memberikan prestasi muzik yang lebih gempak.

Telefon ini akan di jual di pasaran Malaysia pada harga RM 3449 dan anda boleh dapatkan telefon Razer Phone 2 ini di outlet – outlet pilihan di seluruh Malaysia. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan telefon ini di outlet telkomunikasi seperti Maxis dan U Mobile!