Tech

Inovasi Teknologi Terkini Apple Submit Paten Face ID Terbaru?

Transformasi teknologi terkini semakin canggih, pelbagai syarikat teknologi bersaing untuk mencipta pelbagai teknologi yang lebih hebat dari ciptaan yang lalu. Pelbagai ciptaan telah di ubahsuai atau dengan erti kata lain, telah di inovasi untuk menjadi lebih baik dan hebat.

Dan kini syarikat gergasi di dalam industri teknologi seperti Apple juga tidak ketinggalan menunjukan kecanggihan rekaan teknologinya! Apple telah mempatenkan formula Face ID di US Patent and Trademark Office (USPTO).

Foto: CNET

Sebenarnya Apple telah mula menghantar paten formula sejurus Face ID iPhone X di godam oleh Vietnamese Cybersecurity firm yang di kenali sebagai Bkav.

Firma terbabit telah menggodam sistem Face ID Apple dengan menggunakan sistem face scanning yang sophisticated dengan bantuan penggodam yang profesional.

Foto: O’ Grady’s Power Page

Oleh kerana itu, Apple mula berjaga-jaga dan mempatenkan formulanya agar ia tidak mudah di gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menyentuh soal sistem Face ID terbaru milik Apple ini, sistem formula Face ID yang di patenkan oleh Apple ini mempunyai dua mode yang berlainan iaitu flood illumination process dan depth-sensing.

Foto: Braqq

Sistem Face ID milik Apple ini telah meningkatkan beberapa elemen terbaru, sama-samalah kita nantikan kecanggihan Face ID dengan formula terbaru yang telah di patenkan oleh Apple ini.

Tambahan lagi, Apple kini semakin ligat untuk memperluaskan dan memperkuatkan rekaan inovasi Face ID milik mereka agar sistem pengenalan wajah tersebut menjadi lebih baik dan mempunyai sistem yang bagus di masa akan datang.

Apa-apa pun sama-samalah kita nantikan ciptaan terhebat dari Apple ya!