Tech

China – Kesan Orang Berhutang Dengan Aplikasi Deadbeat Map

Aplikasi daripada China ini yang di kenali sebagai Deadbeat Map mampu mengesan status hutang orang di sekitar si pengguna aplikasi. Menariknya sistem ini mengawasi sistem kredit sosial  di dalam negara populasi terbesar dunia ini dengan jumlah rakyat sebanyak 1.4 billion!

Aplikasi Deadbeat Map ini merupakan sistem tambahan di dalam aplikasi sosial media iaitu WeChat. Minggu lepas di daerah Hebei, penduduknya telah menggunakan aplikasi ini sebagai ujikaji untuk melihat sama ada aplikasi ini berfungsi dengan baik atau tidak.

Foto: Holidays To Treasure – Cartoon businessman shoulder debt box

Walau bagaimanapun, aplikasi ini telah mendapat kritikan kerana mengganggu privasi masyarakat. Apabila si pengguna menggunakan aplikasi ini, mereka dapat mengesan siapakah yang tidak membayar hutang dalam lingkungan 550 yard radius!

Sebenarnya sejak tahun 2011 lagi China telah menghasilkan sistem sosial kredit ini untuk mengesan individu, usahawan dan pihak berkuasa yang melanggar ‘peraturan’.

Foto: ABC

Dan mengikut 2014 policy outline yang merangkumi empat bahagian iaitu, government affairs honesty, commercial honesty, societal honesty dan judicial credibility.

Dan berdasarkan maklumat yang di keluarkan oleh Supreme People’s Court website, apabila sistem ini di laksanakan lebih 18 juta rakyat di China telah di ban dari ke keluar negara dan 5.5 juta telah di larang untuk membeli tiket kereta api laju kerana hutang mereka.

Foto: Business Insider

Sistem kredit sosial ini telah di reka di dalam aplikasi Deadbeat Map yang kemudian di tambah di dalam platform sosial media WeChat, pastinya akan mencetuskan kontrol versi. Ini kerana maklumat peribadi hutang yang di simpan kemas dengan mudah dapat di ketahui oleh orang yang tidak di kenali dengan hanya menggunakan aplikasi ni.