Komputer, Telefon

HONOR Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

HONOR Malaysia akan memperkenalkan empat peranti baharu di acara MAGICal Ria Raya pada 22 April ini. Barisan peranti tersebut adalah tablet HONOR Pad 9 5G, komputer riba HONOR MagicBook X 16 dan telefon pintar HONOR X7b 5G. Ini termasuk jam tangan pintar kesihatan dan kecergasan serba baharu HONOR Band 9.

HONOR Pad 9 5G – Peranti Terbaik Untuk Kerja dan Berhibur
Susulan pelancaran HONOR Pad 9 versi WiFi pada bulan lalu, HONOR bakal membawa edisi 5G ke kedai seluruh negara dalam masa terdekat. Tablet ini sesuai untuk kerja dan hibur kerana hadir dengan RAM 16GB dan storan 256GB. Ia didatangi bersama pensil pintar HONOR Choice Pencil dan Papan Kekunci Bluetooth Pintar, menjadikan tablet ini hampir seperti komputer riba. HONOR Pad 9 menawarkan pengalaman menaip yang selesa, sudut pandang yang lebar dan keterhubungan lancar untuk produktiviti maksima.

Selain itu, HONOR Pad 9 menampilkan Paparan Keselesaan Mata 2.5K 12.1 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan nisbah skrin ke badan 88%. Pengguna juga boleh menikmati visual mengasyikkan tanpa bimbang ketegangan mata kerana tablet ini dilengkapi ciri penjagaan mata Pemalapan Dinamik dan Paparan Malam Sirkadia. Ciri menarik lain pada HONOR Pad 9 termasuk didatangi dengan lapan pembesar suara dan bunyi sekeliling 360° menerusi teknologi penalaan bunyi HONOR Histen.

HONOR X7b Varian 5G

HONOR X7b yang dilancarkan pada Disember lalu kini didatangi dalam varian 5G untuk keterhubungan dan prestasi pantas. Menariknya, HONOR X7b peranti 5G dengan storan terbesar dan berbaloi di dalam kelasnya. Telefon pintar ini menawarkan bateri besar 6,000mAh, Pembesar Suara Dwi Stereo serta Kamera Utama 108MP. HONOR X7b menonjol sebagai telefon pintar serba boleh dalam Siri X.

HONOR MagicBook X 16 dan HONOR Band 9

HONOR MagicBook X 16 mempunyai ciri terkini bagi mereka yang mencari kelainan dalam komputer riba. Manakala HONOR Band 9 jam tangan pintar serba boleh yang menyediakan ciri-ciri memantau tahap kesihatan dan kecergasan.

Nantikan maklumat penuh dan harga empat peranti tersebut yang akan dimumkan pada 22 April ini. Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia dan kunjungi laman web HONOR di www.honor.com/my/